Friday, November 20, 2009

Cuti Sekolah

20hb Kuala Lumpur - Gegaran kuat telah melanda seluruh negara bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgahari dipercayai berlaku pada kekuatan 9.6 pada skala richter...Ianya dipercayai berlaku kerana hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolah tahun 2009 yang diharungi oleh semua murid sekolah tidak mengira sama ada sekolah menengah, rendah mahupun tabika di Malaysia. Keseronokan jelas

terpancar pada raut wajah semua murid seawal pintu sekolah dibuka dengan pelbagai persiapan dan perancangan sepanjang cuti yang bakal dinikmati.

Dan pada tika ini juga kelihatan semua guru di Malaysia berhempas pulas menyiapkan laporan dan permarkahan setiap pelajar selepas selesai menjalani peperiksaan untuk semakan pihak atasan dan juga rujukan ibu bapa.

Kebanyakan murid lelaki sekolah rendah debaran menanti pada setiap cuti akhir tahun menamatka zaman kanak-kanak dengan majlis berkhatan sama ada diraikan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Tidak ketinggalan juga majlis pertunangan, perkahwinan dan reunion sekolah, keluarga dengan satu matlamat ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan amalan ziarah menziarahi sebagai teladan dan ikutan generasi muda.... Pada semua murid dan guru diucapkan........

Selamat Bercuti...........!

Tuesday, November 17, 2009

Hiburan Di Minggu Exam.....

Exam..!Exam..! Exam..!

3 minggu sebelum cuti sekolah setiap hujung tahun... apa yang menjadi kebimbangan dua golongan berlainan tugasan sebagai penghuni tetap sekolah di Malaysia adalah peperiksaan...atau kata nama dalam kamus ... Examination Week... Golongan Pertama = Murid bimbang lum prepare and tak dapat score semua subjek.... Golongan kedua = Cikgu bimbang tak sempat marking paper due date key in markah semakin suntuk...dan bersedia terima bebelan pihak atasan dengan keputusan pencapaian murid yg diajar.....tahan telinga dan tebalkan muka..... Exam...Exam...Exam.....

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...