Wednesday, May 16, 2007

Fuyooo Hebatnya...!

Erm..... naper tak caye ker...... antara pencapaian yang dapat
dirakamkan antaranya Kejohanan Bowling Terbuka Melaka 2003. Pencapaian terbaik dengan Johan Individu dan Naib Johan Berpasukan.( Gambar yang pegang hadiah tu ler ) Manakala pernah mewakili universiti dalam kejohanan sukan Universiti-Universiti Asean pada tahun 2000.Biasa la tahap Asean dapat walaupun dah kira hebat tahap Dewa.
Pada Tahun 2000 juga mewakili Johor dalam Sukan Korporat dan terpilih sebagai Olahragawan sekaligus melayakkan diri sebagai pembaca ikrar.Mengetuai pasukan Bola Sepak Johor dan menyandang Juara pada kejohanan tersebut. Tidak terhenti setakat itu kehebatan yang tidak dapat dihalang lagi apabila menyertai pertandingan tarik tali peringkat Kebangsaan pada 2001 di Bukit Jalil. Pencapaian Naib Johan bagi kategori Institut Pengajian Tinggi.
Kalau nak diikutkan banyak lagi sukan yang diceburi tapi tak dapat dijadikan bukti sebab tak ada cameraman sukarela yang nak tangkap gambar.Contohnya badminton peringkat negeri, hoki mewakili daerah, rugbi mewakili universiti,bola baling mewakili universiti,sepaktakraw mewakili daerah dan olahraga peringkat negeri. Ha gambar kat sebelah nie...kenangan ketika merangkul naib johan Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Melayu Negeri Selangor 2000 mewakili Universiti.
Pembabitan sukan tidak hanya tertumpu pada menyertai mana-mana kejohanan tetapi terbabit dalam penganjuran sukan sama ada kepegawaian mahupun sukarelawan. Maklumla kehebatan berterusan walaupun walaupun menjadi sebahagian daripada penanjur tetapi masuh dalam idang sukan yang bukan calang-calang penganjurannya. Antara kejohanan yang terlibat adalah bertaraf dunia yang dipertandingkan di peringkat anatarabangsa seperti Sukan Komanwel '98, Sukan Sea, Mild Seven Beach Soccer, Johor Island Challange '99 dan Le Tour De Langkawi.

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...