Friday, November 20, 2009

Cuti Sekolah

20hb Kuala Lumpur - Gegaran kuat telah melanda seluruh negara bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgahari dipercayai berlaku pada kekuatan 9.6 pada skala richter...Ianya dipercayai berlaku kerana hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolah tahun 2009 yang diharungi oleh semua murid sekolah tidak mengira sama ada sekolah menengah, rendah mahupun tabika di Malaysia. Keseronokan jelas

terpancar pada raut wajah semua murid seawal pintu sekolah dibuka dengan pelbagai persiapan dan perancangan sepanjang cuti yang bakal dinikmati.

Dan pada tika ini juga kelihatan semua guru di Malaysia berhempas pulas menyiapkan laporan dan permarkahan setiap pelajar selepas selesai menjalani peperiksaan untuk semakan pihak atasan dan juga rujukan ibu bapa.

Kebanyakan murid lelaki sekolah rendah debaran menanti pada setiap cuti akhir tahun menamatka zaman kanak-kanak dengan majlis berkhatan sama ada diraikan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Tidak ketinggalan juga majlis pertunangan, perkahwinan dan reunion sekolah, keluarga dengan satu matlamat ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan amalan ziarah menziarahi sebagai teladan dan ikutan generasi muda.... Pada semua murid dan guru diucapkan........

Selamat Bercuti...........!

Tuesday, November 17, 2009

Hiburan Di Minggu Exam.....

Exam..!Exam..! Exam..!

3 minggu sebelum cuti sekolah setiap hujung tahun... apa yang menjadi kebimbangan dua golongan berlainan tugasan sebagai penghuni tetap sekolah di Malaysia adalah peperiksaan...atau kata nama dalam kamus ... Examination Week... Golongan Pertama = Murid bimbang lum prepare and tak dapat score semua subjek.... Golongan kedua = Cikgu bimbang tak sempat marking paper due date key in markah semakin suntuk...dan bersedia terima bebelan pihak atasan dengan keputusan pencapaian murid yg diajar.....tahan telinga dan tebalkan muka..... Exam...Exam...Exam.....

Wednesday, October 28, 2009

KL...KL....KL.....


Peh mantap betul bila dapat tau kena p KL .... dah lama pun tak berjalan ke KL dapat peluang plak MARA mintak aku p KL gubal modul yang kononya nak guna kat semua Maktab thn depan....

Ah peduli apa aku... yang penting meniaga untung leh claim .... tak kira memang aku calim cukup2....

Belum sempat p dapat lagi satu surat.... ada meeting plak minggu depan selang 3 hari aku balik dari urusan sebelumnya....... peh parah nie.... poket makin menipis akibat Najib bagi gaji awal untuk Deepa Raya Dengan Vali....Deepavali..... nak menunggu sbln setengah lagi baru ler dapat nafas balik......

Gubal Modul dah.... minggu p meeting... nama plak naik.... ader la yang petik untuk panel interview geng Guru baru.......pehhhhhhhhhhhh.......

Lepas nie aku tak jadi tukar balik kg laaa... trus jer cari rumah kat KL mtak transfer jer terus kat MARA KL..... balik tak sampai 2 hari dah kena p balik.... naik muak pulak tiap minggu ngadap orang tak tentu arah... besesak... berjem naik keta ... belari-lari naik lrt, komuter, monorel, putra, bas p dan balik dari tempat keje.... hish bukan aku la nak stay tempat macam nie..... best nyer sekejap sengsaranyer seumur hidup.....KL bukan jiwa aku....

Thursday, September 03, 2009

Pak Mat Tempe Versi Klate

Thompok-Thompok......

Satu Malaysia



Lagu 1 Malaysia Nyanyian Faizal Tahir
Lagu yang bakal wajib dinyanyikan dalam majlis rasmi jabatan kerajaan.....
Selamat menghafal.......

Tuesday, September 01, 2009

Jiwa Merdeka....!

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Tarawikh Sepanjang Ramadhan

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.

Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)

Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

* Semoga menjadi motivasi kepada anda supaya memperbanyakkan ibadah dibualan yang mulia ini semata mengharapkan keampunan dan ganjaran pahala dari yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal Alamin

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan.


Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.......

Berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar.

Thursday, August 20, 2009

Promosi Khidmat Fotografi


Tip Cara Menjawab Panggilan Telefon Tidak Dikenali

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Hiburan Minggu Ini

Tuesday, August 18, 2009

Karnival Merdeka.....!

Pado tanggal 15 Ogos 2009, kek kampung den ado sambutan kemerdekaan ngan majlis ambang ramadhan.....org kuek2 kampung nie ha la yang handle. Tak kentinggalan anak perempuan den yang sulung masuk pertandingan melukis sempena merdeka.....Herm pagi2 lagi lepas mandi terus mengadap kertas lukisan .....training sebelum bertanding la katakan .Mulo jo kul sembilan semua keno warm up ngan nyanyi lagu Negaraku, Tanggal 31 ngan apo laie lah den pun dah lupo.















Start jo pukul 10.00 pagi mulo lah pertandingan tu....apo laie... anak den pun dengan tangkas, cergas, mergas, tegas pun melukis la tanpo pandang kiri dan kanan. Maso ditotapkan pun 1 jam setongah jo. Disobabkan nak memeriahkan lagi pertandingan mak ngan bapak boleh nak nolong anak2 melukis....apo laie isteri den pun samo2 la buek sikit2 apo yang patut.... takat touch up2 bagi kemas jo.


Tamat jo maso melukih, juri yang bertugas memberi markah dan menetapkan pemonang.... Disebabkan den konpiden ngan anak den dapat top 3, awal2 lagi den dah amik posisi shooting.... guno nikon P90 yang hebat lagi bergayo tu.







Bila announce pemenang anak den dapek no 2 , kiro 1st runner up la..... banggo la jugak.... hasil kerjo 1 jam setongah tambak bantuan isteri den yang tak putus aso memberi semangat dan suntikan terakhir pado lukisan anak den. Lepas penyampaian hadiah anak den bergambar dengan para pemenang lain dan pesaing2 yang tersingkir awal.....apa pun pengalaman berguna pado anak den bertanding secara terbuka..... kata ongppotih exposure....!

Monday, August 17, 2009

Cegah H1n1 Secara semulajadi

Makanan2 yg mencegah Selsema H1n1 dan membina antibodi. Pemakanan yang sihat adalah salah satu cara yg terbaik bagi membekalkan tubuh badan dengan kekuatan untuk melawan Virus H1n1.
Walaupun sekiranya anda dijangkiti virus ini, tubuh badan yang lebih kuat dan sihat mengurangkan risiko bada menjadi lebih tenat dari simptom simptom virus. Ia adalah penting bagi membina imunisasi dalam tubuh badan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus dan penyakit penyakit yang lain.
Sekiranya tubuh badan kuat, ia mampu melawan penyakit dan virus dimana virus terpaksa mencari perumah yang lebih lemah. - Makanlah buah-buahan, sayuran segar ,Legume, ikan, susu, kekacang ( almond, badam, etc) dan taugeh - dan sekiranya anda suka makan daging, kurangkan daging merah dan cubalah daging putih seperti Ayam, turkey dan ikan. Ini kerana badan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menghadam daging merah dan ini mengurangkan keberkesananya melawan penyakit. -

Elakkan Gula dan makanan-makanan berasaskan tepung yang akan melemahkan badan dimana ia meningkatkan risiko jangkitan Virus. Makanlah makanan yang betul dan amalkanlah gaya hidup Sihat. - Ingat, selalu fikir positif dan semangat kuat banyak membantu melawan penyakit.

Berikut adalah Makanan-makanan yg membantu mencegah H1n1-


bawang putih ( garlic)mempunyai kandungan kandungan Antivirus yang tinggi yang digunakan untuk melawan penyakit H1n1. - Garlic turut dapat merangsang antibodi dalam badan untuk melawan bakteria dan virus-virus.Sup garlicGarlic mentah - 2-4 ulas... kunyah dan telan. personally sya pernah try dan ia memang efektif dalam mencegah dan melawan penyakit selsema. Black tea ( teh Hitam)Kajian dari Universiti Harvard mendapati bahawa dengan meminum teh hitam setiap hari dalam seminggu dapat - merangsang badan untuk membina kandungan antivirus yang tinggi sebanyak 9 kali berbanding mereka yang tidak meminum teh. - Kandungan antivirus ini dapat membantu anda melawan penyakit selsema


Mushroom, cendawan, kulat- menguatkan lagi imunisasi badan terhadap penyakit h1n1. Sayuran dan buah buahanAnda patut mengamalkan gizi pemakanan seharian yang seimbang. - Pilih sayuran dan buahan yang kaya dengan vitamin C separti Brokoli, Tomato, lada hijau, lada merah, epal, anggur, strawberi, lobak merah - coarsefood grain should occupy half of your staple food. - Soup bayam merah pun amat baik bagi mereka yang ada selsema, rebus dan minum airnya yang kaya dengan vitamin dan protein yang dapat digunakan terus oleh badan.
Madu Dan Halia - Rebus madu dan campur sedikit jus Lemon dan halia dan minum. Ia dapat mencegah penyakit Selsema Next tip - Ketika sakit setelah makan ubat, Pakailah pakaian2 tebal agar kita dapat berpeluh, kerana sedikit sebanyak ia mungkin dapat membantu kita melawan demam dan penyakit selsema. Jangan lupa untuk berehat, Jangan berfikir negatif! You''ll be alrighT! ramai yang sudah sembuh dari Penyakit H1n1.

Tips Topup RM10 boleh guna setahun

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 tahun tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"hah..

tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

Kentut...???

Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat.

Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor."Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

Pengalaman Pertama

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.


Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Nak Kerja Apa?

Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?

Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..

Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!

Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??

Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..

Sunday, August 16, 2009

Berasap....dalam Jem

Hakikat yang terpaksa diterima bila hujan.... tengah drive....ta kira highway , jalan persekutuan, bandar, lorong, taman, kampung.... tak terlepas dari masalah JEM! ( ejaan mudah paham bagi org melayu ) . Dari top speed membawa kepada tak bergerak langsung.... buat la berapa lane pun jalan tu tetap keadaan yang sama berlaku....hai... masalah... masalah....Walaupun pasang aircon dalam kereta tapi perjalanan dari KL ker Melaka yang kurang dari 200km ambil masa 5 jam ....peh tak ker berasap ....hangin satu badan ....enjin kereta meraung haus non stop kena gasak....minyak petrol bergelen dia telan ..... tayar falken ngan rim sukan Buddy Club aku jugak tak bergerak2....


Hermmm sabor jer laaaaaaaaaaaa.....



Friday, August 14, 2009

SUARA MERDEKA DARI WARGA EMAS

Mendengar amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika berkempen untuk memperoleh kemerdekaan adalah satu-satunya kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seorang guru agama, Alias Abdul Ghani.
Warga emas berusia 83 tahun itu begitu bersemangat ketika ditemui di rumahnya di Serom 2, Muar di sini bagi menceritakan pengalamannya menyertai ceramah Tunku Abdul Rahman di kampungnya itu, beberapa tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lalu.
"Meskipun saya tidak ingat bila tarikh lawatan Tunku ke kampung ini, tetapi saya masih ingat antara inti pati ucapannya menyeru penduduk Tanah Melayu supaya bersatu menuntut kemerdekaan, selepas berjaya menentang Malayan Union.

"Pertama kali saya melihat Tunku dari dekat, saya tertarik dengan penampilannya yang biasa, malah Tunku seorang yang mudah mesra dengan rakyat walaupun beliau adalah pemimpin berdarah raja," katanya.
Alias yang merupakan bekas imam dan kini mengajar agama secara sukarela, menceritakan detik-detik kedatangan Tunku ke Serom yang disambut hampir 1,000 penduduk kawasan itu.
Kedatangan Bapa Kemerdekaan negara itu adalah dalam rangka lawatannya ke seluruh tanah air bagi meniup semangat kemerdekaan kepada penduduk, khususnya bagi membebaskan diri daripada cengkaman British.
Malah, Alias sendiri tidak dapat melupakan betapa bangganya penduduk di kampung itu menyambut kedatangan Tunku.

Sebelum ini, katanya, Serom pernah menerima kunjungan pejuang tanah air, Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang datang untuk menarik sokongan penduduk bagi menentang Malayan Union pada tahun 1948.
Baginya, Tunku adalah seorang pemimpin yang hebat kerana tidak mementingkan mutu pakaiannya meskipun beliau seorang pemimpin.
"Saya ingat lagi, ketika itu, beliau memakai baju Melayu serta bersampin, tetapi pakaiannya, tidak mewah dan biasa malah ada lagi rakyat lain yang lebih mahal pakaiannya.
"Tetapi semua itu bagi Tunku tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dan ciri-ciri inilah yang menarik minat saya untuk turut bersama dalam pertubuhan," jelasnya.
Alias baru-baru ini menerima anugerah Tokoh Kemerdekaan peringkat Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom daripada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 negara peringkat DUN tersebut.

Bergiat aktif dalam UMNO sebaik sahaja ditubuhkan pada tahun 1946, Alias merupakan antara generasi muda ketika itu yang menyertai perjuangan pemimpin kawasan Serom iaitu Allahyarham Ali Omar dan Allahyarham Long Gendut.
"Sebut sahaja nama kedua-dua mereka, pasti penduduk sekitar Serom akan kenal mereka ini. Dengan ahli hanya seramai 200 orang, saya menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dengan tunjuk ajar kedua-dua pemimpin kawasan ini.

"Sebagai penduduk Tanah Melayu ketika itu, kami sering berfikir, apakah nasib generasi masa depan sekiranya kita masih dijajah oleh pemerintah Barat," jelasnya.
Untuk itu, kata Alias, dia dan rakan-rakan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kawasan itu dengan segala kudrat yang ada.
Katanya, ketika UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, ramai di kalangan ahlinya berkeyakinan bahawa suatu hari kelak, Tanah Melayu mampu bebas daripada penjajah, namun ramai di antara mereka tidak tidak mengagak bahawa tempoh itu hanya 11 tahun selepas UMNO ditubuhkan.

Selepas mengecap kemerdekaan, Alias berhijrah ke Brunei untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama selama 25 tahun di negara terbabit.
Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Hasnah Yusof, 75, kembali ke tanah air pada tahun 1982 dan mempunyai seramai sembilan orang anak serta 55 orang cucu.
Disebabkan beliau lama meninggalkan tanah air, banyak kenangan dan catatan penting Alias yang tidak lagi berada dalam simpanannya, namun sebahagian besar perjuangan itu masih terpahat dalam ingatan.

"Sebagai generasi yang pernah merasai suasana sebelum merdeka, saya berharap agar anak-anak muda di negara ini dilengkapi dengan ilmu agama kerana ia dapat membantu mengukuhkan tahap keimanan dan kekuatan minda mereka agar kita tidak lagi dijajah," jelasnya.





ALIAS Abdul Ghani menunjukkan plak anugerah
Tokoh Kemerdekaan dan dua buah kitab Sirah Salikin
yang diterima kepada isterinya, Hasnah Yusof
di rumah mereka di Serom 2, Muar, baru-baru ini.

Wednesday, August 12, 2009

Tips Pemakanan Hindar H1N1

Salam semua... Kat bawah ni aku forward kan artikel yang dihantar menerusi my email untuk kita mengetahui isu yang berlaku iaitu H1N1 dan nasihat pengamal perubatan.

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME
BOMB.....

Testimonial 1

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem. Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Testimonial 2

Salam..... Seorang hamba Allah baru balik dari thailand. Beliau ke Pulau Temelang dan Ban Tun. apa yang beliau nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi H1N1. Bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma tq


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Doa Menghindari Penyakit Berjangkit....



Kepada semua umat muslimin dan muslimat saudara seIslam sekalian. Dalam suasana wabak penyakit Selsema Babi H1N1 yang sedang menular tanpa ada sebarang vaksin dan penyembuh dapat diberi marilah kita sama2 bertawakal dan berdoa memohon kepada yang Esa supaya dijauhkan segala bala bencana, musibah dan penyakit berjangkit.




Hanya perlindungan dari yang maha Esa sebagai hambanya kita harapkan.Mudah-mudahan kita terhindar dari penyakit merbahaya ini..... Amin

Kepada rakan, saudara dan kenalan edarkanlah Doa ini untuk diamalkan bersama bagi kesejahteraan umat keseluruhannya......

Tuesday, August 11, 2009

True Story From H1N1 Victims



DIBAWAKAN KHAS UNTUK KESEDARAN UMUM








Assalamualaikum

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage


Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...


Second Stage


Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.


Critical


Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.


Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.


Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care You & Your Family



Best Regards,
HALIMATUL SA'ADIAH MOHD SALEH
Save H1N1 Victim Sister

SELSEMA BABI Kian Merebak...!

Kes demi kes Selsema Babi kian menular termasuk di Melaka yang mencatatkan kes penularan wabak H1N1 paling tinggi di seluruh negara.Jumlah kematian seluruh negara melebihi 30 orang setakat jam 11.50 pagi ini adalah ditahap yang paling membimbangkan......Kebanyakan institusi pendidikan melaksanakan pencegahan awal termasuk memberi cuti kuarantin dan mengedarkan topeng keselamatan ( mask ) untuk semua kakitangan sebagai langkah -langkah berjaga. Walaubgaimanapun ianya hanya langkah sementara sehingga vaksin H1N1 dapat diberikan seperti mana pengumuman kerajaan yang membelanjakan RM 20 juta untuk kos menyediakan vaksin ini yang diimport dari Amerika Syarikat.












Kesedaran orang ramai mengenai wabak ini masih terlalu lemah walaupun ianya belum diisytiharkan oleh kerajaan sebagai keadaan darurat. Kes kematian yang semakin meningkat sepatutnya lebih dilaporkan secara meluas bagi mengingatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan awal bagi membendung wabak ini menjadi semakin serius.Kebanyakan rakyat negara ini masih mempunyai sikap acuh tak acuh....dalam kes ini sehingga menganggap perkara remeh dalam pemakaian topeng keselamatan semasa berada di kawasan tumpuan awam.
Seharusnya kerajaan dan badan yang bertanggungjawab menekankan penguatkuasaan yang lebih aktif terutama mengubah mentaliti rakyat negara ini supaya menjadi rakyat yang mempunyai sensitiviti mengenai kesedaran kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dalam mengurangkan bilangan mangsa disebabkan Virus yang kian menganas.
* Mencegah lebih baik daripada mengubati..... ( pesanan khas dari dBigBoss )

Friday, August 07, 2009

Khutbah Jumaat Minggu Ini

Persaudaraan Ummah Kian Longgar Angkara Nafsu

Pangkat dan harta punca sengketa, seruan kasih sayang sesama mukmin tak lagi jadi pegangan API ketika kecil menjadi kawan, apabila besar jadi lawan. Saudara mara hanya diingat ketika berada, bila miskin mungkin dilupa. Adik beradik cukup rapat ketika kecil, apabila dewasa ada yang dipencilkan. Pertalian keluarga semakin longgar, ikatan kian terlerai. Masing-masing sibuk memburu kemewahan dan kekayaan sedangkan Islam datang di dunia ini bukan sekadar memenuhi tuntutan itu tetapi mengumpul, memperkasa serta mempereratkan seluruh umat.


Allah berfirman bermaksud: "Sebenarnya seluruh orang mukmin itu adalah bersaudara." – (al-Hujarat ayat 10) Seluruh mukmin itu bersaudara, seruannya kepada persamaan antara manusia. Harris Levy menulis, "Belum pernah kutemukan ajaran agama mana pun yang menyeru kepada persamaan antara manusia sekali pun kadang-kadang ada sebahagian agama yang berpura-pura dengan seruan itu."


Islam mengikat seluruh mukmin dengan suatu ikatan kuat iaitu persaudaraan. Seumpama cubit paha kiri paha kanan terasa sakitnya, tetapi kini paha kiri tercubit paha kanan tidak terasa sakitnya lantaran 'dibius' oleh nafsu.


Dalam sepotong hadis Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seharusnya kaum Muslimin itu nasihat menasihati dan berkasih-sayang di antara mereka bagaikan satu anggota badan. Jika menderita sebahagiannya maka menjalar ke anggota lain dan tidur pun terganggu sehingga hilang sakit itu."


Kini kebanyakan nasihat tidak lagi didengari, kasih sayang pula semakin sepi, satu anggota dari badan sudah terpisah, kiri dan kanan sudah terasing. Masing-masing hidup sendiri kau dan aku sudah berbeza kerana kubur lain-lain. Demikian apabila nafsu menguasai, manusia hilang akal dan pertimbangan. Pergeseran bagaikan rutin, pertelagahan dan sengketa sesama manusia bagai menuruti jejak nafsu dan iman yang tidak pernah sekata, bertelagah dan bersengketa walau tinggal bersama pada satu nyawa.


Umpama satu keluarga, ketika kecil makan sepinggan kepala ikan kering jadi rebutan. Bersantai bercanda bergurau senda sesekali berkelahi dan berbalah kemudian kembali bercantum bagai 'carik bulu ayam'. Apabila dewasa dan masing-masing sudah berkeluarga semua sudah berubah. Pinggan sudah terasing, kepala ikan kering tidak lagi jadi rebutan tetapi harta sekelumit pula jadi perbalahan.


Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: "Bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan bermegah-megah antara sesama kamu, serta berlumba banyak kekayaan dan anak-anak, umpama hujan yang menakjubkan orang kafir melihat tumbuh tanamannya, kemudian itu menjadi kering dan engkau lihat kuning warnanya lalu menjadi hancur. Dan di akhirat kelak akan disediakan seksaan yang pedih (bagi orang yang bersalah), dan keampunan serta keredaan Allah (bagi orang yang mengerjakan kebajikan). Dan kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan tipuan semata." – (Surah an-Nazi'at ayat 37-39)


Harta dan jawatan jadi rebutan sedangkan kehidupan ini cuma kesenangan tipuan serta gurauan dan perhiasan yang sementara. Sudah menjadi tabiat manusia yang tipis keimanan hidup memburu keindahan yang dipandang mata.


Dalam al-Quran Allah ada berfirman bermaksud: "Telah dihiaskan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah dari emas dan perak, kuda yang tangkas, ternakan dan sawah ladang. Itulah perhiasan kehidupan dunia." – (Al-Quran surah ali-Imran ayat 14)


Ada di antara kita yang melebihkan dunia malah terpesona dengan keindahannya lalu gemar mengejar pangkat kedudukan harta dan kekayaan sehingga sanggup menindas malah mencetus pergeseran dan perbalahan. Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: "Barang siapa yang ingin kepada kehidupan dunia dan perhiasannya. Kami akan bayar secukup terhadap perbuatan di dunia dan mereka tidak akan dirugikan. Mereka tidak akan mendapat di akhirat kelak melainkan balasan api neraka, dan di sana tiada berguna segala apa yang mereka usahakan, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan dulu."


Demikian bila nafsu menawan iman, segalanya melalaikan malah membawa ke lembah kegilaan fitnah dan duka. Umar al-Khatab pernah berkata: "Tundukkan nafsu! Ia jahat, mengheretmu ke lembah keburukan. Kebenaran itu berat bagi seseorang, tapi yang jahat itu mudah. Tinggal kesalahan lebih ringan dan mudah daripada harus bertaubat.


Betapa banyak pemandangan yang mengiurkan syahwat walaupun sesaat akhirnya membawa duka yang panjang." Begitu juga Lukman al-Hakim pernah berpesan ujarnya: "Hai anakku! Pertama yang mesti kuperingatkan kepadamu adalah setiap orang itu ada nafsu. Jika kamu turuti dia, ia akan meminta yang lainnya. Sungguh syahwat itu bersembunyi di dalam hati seumpama persembunyian api dalam batu, jika dibakar menyala, jika ditinggalkan akan padam jua." Nafsu yang menumbuhkan segala gejala di dalam kehidupan ini tidak hiraukan padahnya malah terus mendorong manusia bertindak melakukan maksiat dan kemungkaran.


Dan kebanyakan manusia pula tidak mampu untuk menentang dan menyimpang kerana sering kali dianggap perjuangan itu hanya melawan sesama manusia, sedangkan Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perangilah hawa nafsumu sebagaimana kamu semua memerangi musuh-musuhmu." Sahabat tatkala pulang dari suatu peperangan berkata: "Kita telah kembali dari jihad kecil kepada jihad yang besar." Demikian pula Rasulullah pernah ditanya: "Manakah jihad yang lebih utama wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Jihadmu terhadap hawa nafsumu."

Nikon Coolpix P90

KAMERA DIGITAL IDAMAN









  • 12.1 Megapixels for stunning prints as large as 20 x 30 inches. This is plenty of sharp resolution to capture the finest details, crop creatively and produce incredible enlargements.
  • Amazing 24x Optical Wide-Angle (26-624mm) Zoom-NIKKOR ED Glass Lens - quality optics provide exceptional images. The lens is built on a proud heritage of producing precision camera optics that deliver superb color and razor-sharp results. This amazing lens offers unbeatable compositional freedom with its wide-angle (26mm) to super telephoto coverage (624mm). Sweeping landscapes can be captured as well as zoomed-in close-ups of the action taking place on the baseball or soccer field!
  • Huge, Bright 3.0-inch Vari-Angle High-Resolution LCD and Electronic Viewfinder makes it easy to compose and share your pictures with family and friends. The vari-angle LCD will tilt and rotate out on a 90-degree angle enabling you to get those high-angle and low-angle shots. The incorporation of the high-resolution electronic viewfinder enables you to see through the lens in any type of lighting condition. No more missed opportunities because the light is too bright to compose your picture!
  • New EXPEED image processor ensures high-quality pictures with stunning color and sharpness. Nikon’s comprehensive digital imaging processing concept incorporates know-how and technologies accumulated throughout our long history of photographic and digital imaging development. EXPEED is custom-tuned for COOLPIX and applied optimized technologies render natural-looking pictures of incredible quality and quick response so you will not miss that special moment.
  • 4-Way VR Image Stabilization:
    Nikon’s Optical VR Image Stabilization compensates for the effects of camera shake by moving the image sensor. This produces clearer, sharper results in lower lighting or unsteady conditions.
    Motion Detection automatically detects moving subjects and adjusts the shutter speed and the ISO setting to compensate for camera shake and subject movement.
  • High ISO 6400 capability gives you sharper results when shooting in low light or capturing fast-moving subjects. This creates new opportunities to take sharper, more natural-looking photos in lower light conditions. ISO 3200 and 6400 are available at 3MP or lower resolution.
  • Nikon’s original Best Shot Selector (BSS) automatically takes up to 10 shots while the shutter is pressed and then saves the sharpest image.
    Program, Shutter Priority, Aperture Priority and Manual Exposure Modes give you ultimate control over your pictures. The D-SLR-type mode dial on the top of the camera provides quick access to greater personal and creative control. Now, you can adjust the camera’s settings for any type of light conditions and get as creative as you want!
  • New Sports Continuous Scene Mode for shooting at up to 15fps, up to 45 frames, when you set the resolution to 3MP or lower. These high-speed capture settings help you stay ahead of the action. Whether it is a swift golf or baseball swing, or the fast action on the soccer field, at 15fps you will capture that action.
  • Nikon’s Smart Portrait System:
    In-Camera Red-Eye Fix™ automatically fixes most instances of red-eye in the camera. You may never see red-eye again.
    Face-Priority AF is Nikon’s face-finding technology that automatically focuses on up to 12 faces in a group portrait.
    Smile Mode automatically releases the shutter when your subject smiles. The camera will detect the subject's smile and automatically fire the shutter.
  • Blink Warning displays a warning message should the camera detect your subject has blinked.
    D-Lighting rescues dark or backlit images by improving brightness and detail where needed.

Thursday, August 06, 2009

Notebook Untuk Diniagakan

Notebook Acer Aspire 5572NWXi













Intel Centrino Core Duo processor 2300E
(1.66 GHz, 667 MHz FSB, 2 MB L2 cache )
14.1" WXGA CrystalBrite LCD
Intel Graphics Media Accelerator 950
80GB HDD
DVD/CD-RW Combo
512 MB DDR2 ( Support dual-Channel )
802.11 a/b/g wireless LAN
Acer SignalUP . High-efficiency antenna technology
Acer Arcade Comprehensive mltimedia suite
Acer Empowering Technology: Optimizedusability for mobile excellence
Acer eRecovery: System back-up technology
Acer GridVista: Multi-screen solution

Usage Period : 13.2.2008 - present

Original Purchase Price : RM 2995.00

Price : RM 1200.00 ( nego. available if you want less for not more than RM10 )

Good Condition

Pls contact the blogger ( for serious buyers only )

Hiburan di Pagi Khamis




MAKSUD DISEBALIK NAMA2 ORANG JEPUN
( Rujukan Kamus Dwi Bahasa : Malay = Japanese )

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI


Kisah Wartawan Agro ( Kumat ) dengan ( Pakcik Manap) Pengembala biri-biri.

Kumat : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik Manap: Boleh aje...

Kumat : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik Manap: Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Kumat : Yang putih?

Pakcik Manap: Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Kumat: Yang hitam?

Pakcik Manap: Yang hitam pun sama...

Kumat: Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik Manap: Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Kumat : Yang putih?

Pakcik Manap: Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Kumat : Dan yang hitam?

Pakcik Manap: Yang hitam pun sama...

Kumat : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik Manap: Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Kumat : Yang putih?

Pakcik Manap : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Kumat : Dan yang hitam?

Pakcik Manap: Yang hitam pun sama...

Kumat : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik Manap: Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Kumat : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik Manap: Yang hitam pun sama.....

Wednesday, August 05, 2009

G.I. JOE menyerang ke seluruh negara....



Berita hangat untuk semua kaki2 wayang...... cerita aksi fantasi menarik selepas Transformers... kembali menghangatkan kerusi semua panggung seluruh negara.... Tayangan Perdana bermula esok...Jangan ketinggalan.......Dapatkan tempat duduk paling belakang.....

17 sekolah di Melaka tutup akibat H1N1



MELAKA 4 Ogos - Sebanyak 14 buah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di negeri ini telah diarah tutup akibat penularan wabak penyakit virus selesema babi atau influenza A (H1N1).



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol berkata, setakat Ahad lalu, pihaknya mengenal pasti sebanyak 135 kes H1N1 berlaku di seluruh negeri.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 129 kes terdiri daripada kalangan penduduk tempatan dan enam kes melibatkan pelancong asing yang bercuti dan belajar di institusi pengajian tinggi di Melaka.



''Daripada 135 kes itu, 65 pesakit dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka manakala 70 orang dikuarantin di rumah dan pusat pengajian tinggi terlibat,"



Menurutnya, bagi membendung wabak itu menular di kalangan masyarakat, pihaknya melalui Jabatan Kesihatan giat melaksanakan kempen menyebar maklumat menerusi risalah dan poster kepada orang ramai dari semasa ke semasa.



''Selain itu, kita juga mengadakan ceramah, pameran dan dialog bersama penduduk bagi menerangkan kepada mereka tentang wabak H1N1 agar mereka lebih faham dan bersedia menghadapi penularan virus ini," katanya.

Mangsa Ke-9 Selsema BABI ( H1N1 )

Kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-9 H1N1
JASIN 4 Ogos
- Pasangan suami isteri tidak menyangka demam yang menyerang anak sulungnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada 26 Julai lalu berlarutan sehingga membawa maut.

Menceritakan detik-detik menyedihkan itu, Samsuddin Abdul Hamid, 27, bapa kepada kanak-kanak malang itu memberitahu, beliau telah merujuk anaknya ke klinik pakar dan sebuah hospital swasta di Ayer Keroh, Khamis lalu.
Beliau berkata, anaknya itu kemudian dimasukkan ke wad sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.

''Saya langsung tidak menyangka anak saya dijangkiti H1N1 kerana tidak pernah membawanya keluar kecuali menyerahkan kepada pengasuh di Taman Bertam Jaya, Cheng dekat sini Februari lalu,'' katanya.

Samsuddin yang ditemui bersama isterinya, Siti Suhaila Ahmad, 27, berkata, masih terngiang-ngiang suara Iffah Syazwina menyanyikan lagu selamat hari jadi seminggu sebelum dia diserang demam tersebut.

Katanya, kali terakhir beliau membawa anaknya bersiar-siar adalah pada Februari lalu dan langsung tidak menyangka dia meninggal dunia semalam akibat jangkitan virus selesema babi.
Menurut beliau, dia hanya mengetahui anaknya itu positif influenza A (H1N1) setelah disahkan doktor menerusi khidmat pesanan ringkas malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan Iffah dilaporkan semakin
tenat sebelum meninggal dunia pada pukul 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.

"Memang sukar untuk saya terima kenyataan itu kerana tidak pernah membawa arwah ke mana-mana kerana bimbang dijangkiti H1N1," katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya, di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai di sini, hari ini. Iffah Syazwina merupakan mangsa kesembilan maut akibat wabak itu setakat ini.





ORANG ramai menunggu untuk mendapatkan
pemeriksaan H1N1 di Hospital Melaka, semalam.

Ribut Mula Melanda

video

6.50 pagi : Awan mendung kelihatan memenuhi ruang udara

7.05 pagi : Hujan renyai2 mula turun disertai dengan angin

7.30 pagi : Hujan mula turun dengan lebat disertai angin

8.30 pagi : Keadaan reda seketika membolehkan kenderaan kecil melakukan aktiviti seperti biasa namun dalam keadaan tergesa2

9.00 pagi : Keadaan awan menunjukkan petanda hujan akan turun dengan lebih lebat lagi....

10.00 pagi : Hujan lebat dan angin kencang

10.32 pagi : Angin Kencang dan hujan disertai petir bahaya untuk motor2 berkuasa kecil LC 135, Yamaha Lagenda, Kriss, Honda Wave kecuali Kris Star.

Debaran EPL Kian Terasa




Kesetiaan dan kecintaan peminat tak berubah walaupun pemain silih berganti BOLA SEPAK mempunyai kuasa luar biasa yang menarik minat jutaan penduduk dunia, apatah lagi apabila membabitkan liga bola sepak paling terkenal dan paling ramai ditonton di dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL). Walaupun ada yang mendakwa liga bola sepak La Liga, Sepanyol dan Serie A, Itali, lebih berkualiti, EPL dinobatkan sebagai paling berprestij di dunia dan ditonton jutaan penduduk dunia. Dalam satu perlawanan antara Manchester United dan Liverpool pada 2002, hampir 500 juta orang atau satu daripada 12 penduduk dunia menyaksikan perlawanan itu

Walaupun ada 20 pasukan dalam EPL, empat kelab yang dilabelkan sebagai `Big Four’ iaitu Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea, lebih mendapat tempat di kalangan peminat seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara ini. Walaupun kelab lain juga ada peminat masing-masing, tetapi tidak sehebat empat kelab ternama ini yang bersatu hati menubuhkan kelab penyokong. Minat dan semangat penyokong `Big Four’ merentasi sempadan geografi, budaya dan status masyarakat. Biarpun berjarak ribuan batu antara England dan Malaysia, keupayaan empat kelab ini menambat hati penggemar bola sepak amat mengagumkan.










Mengapa empat kelab ini? Ada pelbagai pendapat yang boleh diberikan, apatah lagi jika ditanya kepada peminat empat kelab berkenaan. Antara alasannya ialah empat kelab berkenaan adalah yang paling kerap memenangi kejuaraan EPL. Sejak EPL diperkenalkan pada 1992 (liga bola sepak Inggeris diasaskan pada 1888), Manchester United adalah paling kerap muncul juara, iaitu sebanyak 10 kali. Malah kelab yang berpangkalan di Manchester menjuarai Kejohanan Kelab Dunia di Jepun, tahun ini. Selain itu, empat kelab berkenaan menguasai empat kedudukan teratas sejak tiga tahun lalu.

Usaha kelab lain termasuk membeli pemain terkenal setakat ini belum dapat memecah monopoli empat kelab berkenaan. `Big Four’ juga kaya dengan limpahan pemain terkemuka dunia. Siapa yang tidak kenal Ronney, yang meraih gelaran pemain terbaik Eropah tahun ini dari Manchester United atau Michael Ballack (Chelsea), Fernando Torres (Liverpool) dan Cecs Fabregas (Arsenal).











Pelbagai faktor ini menyebabkan `Big Four’ mendapat tempat istimewa di hati peminat. Kesetiaan dan kecintaan tidak berubah walaupun pemain silih berganti, pemilikan dan pengurusan bertukar rentak dan kalah menang menjadi asam garam.

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...