Sunday, February 22, 2009

Berhenti Merokok

Kayrol : “Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?”

Radzi : “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?”

Kayrol : “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.”

Radzi : “Apa tahap pertama itu?”

Kayrol : “Berhenti membeli rokok!”

Wednesday, February 11, 2009

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing.

Jenab berkata : " Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang
mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi
keluargamu"

Lalu dengan selamba Ramli menjawab: " Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu
mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri "

Tuesday, January 20, 2009

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman."Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim.""??@#$!!&##!!"

Monday, October 06, 2008

I'm D Killer....!!!

Perubahan drastik jentera pengepur milik persendirian yang mula dimiliki sejak bertahun tanpa sebarang modifikasi akhirnyer..... lebur setelah menjoinkan diri dalam kelab kegilaan ramai kaki pemilik jentera Honda Civic di Malaysia. Dengan kajian dan perancangan yang rapi sambil rujukan pakar dikalangan ahli kelab yang mengelarkan diri mereka Malaysian Honda Civic Club ( MHCC ), maka keputusan telah diambil bermula 19 September untuk memplastic surgerykan civic kesayangan dengan superimpos kepada D Killer...!

Secara tidak langsung perubahan ini menarik minat kaki "PRANG" untuk mengoda dan mencuba nasib....memikat, meminang dan merapati ( istilah kaki lumba untuk mengeTEST kepoweran enjin vtec turbo v6 ).
Walaubagaimanapun kesedaran sivik yang tinggi pemilik civic vtec gejala2 tidak bermoral yang membahayakan itu ditolak dengan cara yang sopan....hu hu hu...






Spesifikasi Modifikasi :

  • Enjin Vtec Turbo V6 B1.8C
  • Suspension Denso Tein Adjustable
  • Air VaccumPower 5 Zigen Mugen
  • Sport Rim BSA 17" SSR III 16"
  • Tayar Falken 205/45/16
  • Ekzos 5 Zigen
  • Badan Spec '99
  • Warna Pearl White Intergra
  • Side Mirror Auto Flip
  • Audio Sony Xplode Pamp 4 channel
  • Steering Momo 13"
  • Seat Recaro ( Black Leather )
  • Brek Sparco F/R Disc w.ABS
  • Acc. 5zigen turbo timer, auto gear switch sensor, speed cutter, boost, vaccum, rpm
    gadget meter,sunscreen lcd dvd player , reverse sensor w.monitor, gps detector etc

http//:www.dbigboss.mhcc.com

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...