Sunday, March 15, 2009

Khasiat Telur Separuh Masak

Pak Nizam dan Mak Ngah membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun Fakhri ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan,
Doktor : "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

Fakhri ; "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

Mak Ngah : "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayahkau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Sunday, February 22, 2009

Berhenti Merokok

Kayrol : “Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?”

Radzi : “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?”

Kayrol : “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.”

Radzi : “Apa tahap pertama itu?”

Kayrol : “Berhenti membeli rokok!”

Wednesday, February 11, 2009

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing.

Jenab berkata : " Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang
mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi
keluargamu"

Lalu dengan selamba Ramli menjawab: " Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu
mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri "

Tuesday, January 20, 2009

Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman."Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang. "Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim.""??@#$!!&##!!"

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...