Saturday, June 20, 2009

Sharp Shooter

Penyertaan pertama kali dalam Sukan MARA Semalaysia ke-6 bagi acara Memanah memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Latihan selama 3 bulan tanpa mengira hari panas, hujan , siang dan malam membuahkan hasil yang membanggakan,
Pencapaian Tempat Ke-2 bagi acara berpasukan keseluruhan Recurve Terbuka Lelaki 30m dan 50m memang tidak disangka. Tambahan pula kedudukan individu bagi mata kesluruhan berada pada ranking 4 teratas juga mengejutkan terutama kepada pemanah2 senior yang lebih berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi...

Dengan bimbingan jurulatih berpengalaman Tan Sri Mohd Kadir Kamis semua kemahiran yang diperlukan dapat dipelajari dalam masa yang singkat. Harapan untuk membabitkan diri dalam pertandingan yang lebih mencabar dan dalam sirkit kebangsaan dan kejohanan2 jemputan dalam sedikit masa lagi untuk menilai kemampuan sebenar.

Barisan pemanah MARA Melaka bersiap sedia memlakan cabaran...!
Gambar 1. Dari kiri Ibrahim ( IKM) Azlan , Kadir ( MRSM ) & Zakaria ( KKTM )
Gambar 2. Pengurus Pasukan Dato' Sri Khairul Anuar sedang membincang sesuatu sebelum pertandingan
Gambar 3. Possing khas untuk wartawan dari Metro Selatan
1. Kenangan bersama pemanah dari Sarawak, Kedah & Pulau Pinang
2. Percubaan Terbaik Recurve dari jarak 90m
3. Antara 4 pemanah terbaik keseluruhan

Saturday, May 16, 2009

Selamat Pagi Cikgu - SEMPENA HARI GURU

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!C
ikgu : Jauh!
urid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!C
ikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

*Pengajarannya sebagai guru bahasa jangan sesekali arahkan pelajar mengunakan kata berlawanan semasa mengajar....berfikir sebelum berkata-kata....Lu pikir la sendiri...!

Wednesday, April 01, 2009

Teka - Teki

1. Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .
"Jawapannya kerana :kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran...
"Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!!
( MOUSE )MASIH PICIT??LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut...
"makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya,
BENARKAH ini?
nafas ku tertahan,
kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
jika kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Monday, March 23, 2009

Penjual Telur

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...