Tuesday, June 14, 2011

Borang Night Fun Ride Tanjung Bidara

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Kepada semua rakan2, pelanggan yang dihormati... Satu karnival sukan komuniti Dun Tanjung Bidara akan berlansung pada 8-9 Julai 2011 dengan pertandingan seperti Futsal,Bola JAring, Sepak Takraw, Badminton, Karaoke dan Berbasikal. Kepada peminat2 berbasikal aktiviti Night Fun Ride akan diadakan pada 9hb jam 8.30 malam di Kompleks Japerun Tanjung Bidara dengan menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 buah basikal berjenama Polygon berharga RM2000. Jangan ketinggalan.


Anda boleh download borang penyertaan dengan double klik pada gambar borang diatas.

Sunday, May 01, 2011

BCNC Jamboree 2011 Bukit Katil





Monday, May 24, 2010

Kembali Aktif...

Setelah sekian lama.... sepi tanpa berita dek akibat urusan kerja yang tak ada tanda noktah...bak kata dalam Filem Bujang Lapok... " Selagi bukak mata kerja..kerja..kerja..!! "
Dan kini aktif kembali menghidupkan alam bloggers dengan ceritera yang mungkin dapat dikongsi bersama...


Jadi tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Monday, January 04, 2010

Sekolah Bermula

4 Januari 2010.
BATU PAHAT, MALAYSIA.
SK Seri Telok memulakan sesi persekolahan dengan kehadiran murid seawal pagi... apa yang berbeza kali ini adalah kehadiran pelajar baru Tahun 1, dan tidak ketinggalan puteri sulong aku yang memulakan langkah alam persekolahan dengan ceria seawal pagi lagi.

Aku turut sama terbabit bangun awal walaupun bercuti semata-mata ingin bersama merasai keterujaan memasuki alam persekolahan buat pertama kalinya.Selain sebagai sokongan dan motivasi kepada anak sendiri secara tak langsung ia dapat memberi gambaran positif pada pandangan mata kasar anakku...walaupun dia ambik peduli atau pun tidak.

Jam menunjukkan 7.20 pagi... ermmm masih awal...masuk kelas jam 7.30pagi...jarak sekolah dari rumah tak sampai sepuntung rokok...aku rasa la sebab hisap rokok pun aku tak pernah....sampai jer di perkarangan sekolah aku kedengaran Lagu Negeri Johor berkumandang. Geleng kepala....sah terlambat... tapi takper la 1st day.....

2-3 saat sebelum kelas bermula

Rupanya hari nie , perhimpunan pertama berlangsung...amanat, nasihat dan ingatan daripada guru besar, guru kecik, guru sedang...masing-masing berebut nak bercakap...Selesai saja semua murid2 masuk ke kelas....aku pun balik menunggu jam 1.30 ptg untuk menjemput puteriku pulang.....dah hantar semula jam 2.00 - 3.30 untuk sekolah agama pulak...apa pun hari nie menjadi hari menyeronokkan untuk anakku ..... tanda positif untuk terus menimba ilmu meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan keTERRORan aku satu ketika dulu.....mudah-mudahan.....

waktu rehat jam 10.00 pg

Untuk mereka... sebaya..2 baya...3 baya dengan puteriku....hiburan untuk semua....di hari pertama persekolahan





ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...