Friday, July 15, 2011

Night Fun Ride Tanjung Bidara 2011

Pada kayuhan Edisi Night Fun Ride Tanjung Biadara pencapaian memberangsangkan dengan menamatkan kayuhan di tempat ke 14 daripada lebih 380 peserta dari seluruh tanah air yang kebanyakannya datang dari Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar, Seremban, Kuala Lumpr, Shah Alam, Ipoh, Kuantan dan Kota Bahru. Percubaan pertama kali untuk perlumbaan waktu malam melibatkan 14km offroad dan 18km onroad dengan keseluruhan jarak 32KM++. Kepada semua pemenang Tahniah diucapkan.......



Tuesday, June 14, 2011

Borang Night Fun Ride Tanjung Bidara

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Kepada semua rakan2, pelanggan yang dihormati... Satu karnival sukan komuniti Dun Tanjung Bidara akan berlansung pada 8-9 Julai 2011 dengan pertandingan seperti Futsal,Bola JAring, Sepak Takraw, Badminton, Karaoke dan Berbasikal. Kepada peminat2 berbasikal aktiviti Night Fun Ride akan diadakan pada 9hb jam 8.30 malam di Kompleks Japerun Tanjung Bidara dengan menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 3 buah basikal berjenama Polygon berharga RM2000. Jangan ketinggalan.


Anda boleh download borang penyertaan dengan double klik pada gambar borang diatas.

Sunday, May 01, 2011

BCNC Jamboree 2011 Bukit Katil





Monday, May 24, 2010

Kembali Aktif...

Setelah sekian lama.... sepi tanpa berita dek akibat urusan kerja yang tak ada tanda noktah...bak kata dalam Filem Bujang Lapok... " Selagi bukak mata kerja..kerja..kerja..!! "
Dan kini aktif kembali menghidupkan alam bloggers dengan ceritera yang mungkin dapat dikongsi bersama...


Jadi tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Monday, January 04, 2010

Sekolah Bermula

4 Januari 2010.
BATU PAHAT, MALAYSIA.
SK Seri Telok memulakan sesi persekolahan dengan kehadiran murid seawal pagi... apa yang berbeza kali ini adalah kehadiran pelajar baru Tahun 1, dan tidak ketinggalan puteri sulong aku yang memulakan langkah alam persekolahan dengan ceria seawal pagi lagi.

Aku turut sama terbabit bangun awal walaupun bercuti semata-mata ingin bersama merasai keterujaan memasuki alam persekolahan buat pertama kalinya.Selain sebagai sokongan dan motivasi kepada anak sendiri secara tak langsung ia dapat memberi gambaran positif pada pandangan mata kasar anakku...walaupun dia ambik peduli atau pun tidak.

Jam menunjukkan 7.20 pagi... ermmm masih awal...masuk kelas jam 7.30pagi...jarak sekolah dari rumah tak sampai sepuntung rokok...aku rasa la sebab hisap rokok pun aku tak pernah....sampai jer di perkarangan sekolah aku kedengaran Lagu Negeri Johor berkumandang. Geleng kepala....sah terlambat... tapi takper la 1st day.....

2-3 saat sebelum kelas bermula

Rupanya hari nie , perhimpunan pertama berlangsung...amanat, nasihat dan ingatan daripada guru besar, guru kecik, guru sedang...masing-masing berebut nak bercakap...Selesai saja semua murid2 masuk ke kelas....aku pun balik menunggu jam 1.30 ptg untuk menjemput puteriku pulang.....dah hantar semula jam 2.00 - 3.30 untuk sekolah agama pulak...apa pun hari nie menjadi hari menyeronokkan untuk anakku ..... tanda positif untuk terus menimba ilmu meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan keTERRORan aku satu ketika dulu.....mudah-mudahan.....

waktu rehat jam 10.00 pg

Untuk mereka... sebaya..2 baya...3 baya dengan puteriku....hiburan untuk semua....di hari pertama persekolahan





Friday, November 20, 2009

Cuti Sekolah

20hb Kuala Lumpur - Gegaran kuat telah melanda seluruh negara bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgahari dipercayai berlaku pada kekuatan 9.6 pada skala richter...Ianya dipercayai berlaku kerana hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolah tahun 2009 yang diharungi oleh semua murid sekolah tidak mengira sama ada sekolah menengah, rendah mahupun tabika di Malaysia. Keseronokan jelas

terpancar pada raut wajah semua murid seawal pintu sekolah dibuka dengan pelbagai persiapan dan perancangan sepanjang cuti yang bakal dinikmati.

Dan pada tika ini juga kelihatan semua guru di Malaysia berhempas pulas menyiapkan laporan dan permarkahan setiap pelajar selepas selesai menjalani peperiksaan untuk semakan pihak atasan dan juga rujukan ibu bapa.

Kebanyakan murid lelaki sekolah rendah debaran menanti pada setiap cuti akhir tahun menamatka zaman kanak-kanak dengan majlis berkhatan sama ada diraikan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Tidak ketinggalan juga majlis pertunangan, perkahwinan dan reunion sekolah, keluarga dengan satu matlamat ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan amalan ziarah menziarahi sebagai teladan dan ikutan generasi muda.... Pada semua murid dan guru diucapkan........

Selamat Bercuti...........!

Tuesday, November 17, 2009

Hiburan Di Minggu Exam.....

Exam..!Exam..! Exam..!

3 minggu sebelum cuti sekolah setiap hujung tahun... apa yang menjadi kebimbangan dua golongan berlainan tugasan sebagai penghuni tetap sekolah di Malaysia adalah peperiksaan...atau kata nama dalam kamus ... Examination Week... Golongan Pertama = Murid bimbang lum prepare and tak dapat score semua subjek.... Golongan kedua = Cikgu bimbang tak sempat marking paper due date key in markah semakin suntuk...dan bersedia terima bebelan pihak atasan dengan keputusan pencapaian murid yg diajar.....tahan telinga dan tebalkan muka..... Exam...Exam...Exam.....

Wednesday, October 28, 2009

KL...KL....KL.....


Peh mantap betul bila dapat tau kena p KL .... dah lama pun tak berjalan ke KL dapat peluang plak MARA mintak aku p KL gubal modul yang kononya nak guna kat semua Maktab thn depan....

Ah peduli apa aku... yang penting meniaga untung leh claim .... tak kira memang aku calim cukup2....

Belum sempat p dapat lagi satu surat.... ada meeting plak minggu depan selang 3 hari aku balik dari urusan sebelumnya....... peh parah nie.... poket makin menipis akibat Najib bagi gaji awal untuk Deepa Raya Dengan Vali....Deepavali..... nak menunggu sbln setengah lagi baru ler dapat nafas balik......

Gubal Modul dah.... minggu p meeting... nama plak naik.... ader la yang petik untuk panel interview geng Guru baru.......pehhhhhhhhhhhh.......

Lepas nie aku tak jadi tukar balik kg laaa... trus jer cari rumah kat KL mtak transfer jer terus kat MARA KL..... balik tak sampai 2 hari dah kena p balik.... naik muak pulak tiap minggu ngadap orang tak tentu arah... besesak... berjem naik keta ... belari-lari naik lrt, komuter, monorel, putra, bas p dan balik dari tempat keje.... hish bukan aku la nak stay tempat macam nie..... best nyer sekejap sengsaranyer seumur hidup.....KL bukan jiwa aku....

Thursday, September 03, 2009

Pak Mat Tempe Versi Klate

Thompok-Thompok......

Satu Malaysia



Lagu 1 Malaysia Nyanyian Faizal Tahir
Lagu yang bakal wajib dinyanyikan dalam majlis rasmi jabatan kerajaan.....
Selamat menghafal.......

Tuesday, September 01, 2009

Jiwa Merdeka....!

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Tarawikh Sepanjang Ramadhan

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.

Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)

Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

* Semoga menjadi motivasi kepada anda supaya memperbanyakkan ibadah dibualan yang mulia ini semata mengharapkan keampunan dan ganjaran pahala dari yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal Alamin

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kelebihan Ramadan
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan.


Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,

Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.......

Berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar.

Thursday, August 20, 2009

Promosi Khidmat Fotografi


Tip Cara Menjawab Panggilan Telefon Tidak Dikenali

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Hiburan Minggu Ini

Tuesday, August 18, 2009

Karnival Merdeka.....!

Pado tanggal 15 Ogos 2009, kek kampung den ado sambutan kemerdekaan ngan majlis ambang ramadhan.....org kuek2 kampung nie ha la yang handle. Tak kentinggalan anak perempuan den yang sulung masuk pertandingan melukis sempena merdeka.....Herm pagi2 lagi lepas mandi terus mengadap kertas lukisan .....training sebelum bertanding la katakan .Mulo jo kul sembilan semua keno warm up ngan nyanyi lagu Negaraku, Tanggal 31 ngan apo laie lah den pun dah lupo.















Start jo pukul 10.00 pagi mulo lah pertandingan tu....apo laie... anak den pun dengan tangkas, cergas, mergas, tegas pun melukis la tanpo pandang kiri dan kanan. Maso ditotapkan pun 1 jam setongah jo. Disobabkan nak memeriahkan lagi pertandingan mak ngan bapak boleh nak nolong anak2 melukis....apo laie isteri den pun samo2 la buek sikit2 apo yang patut.... takat touch up2 bagi kemas jo.


Tamat jo maso melukih, juri yang bertugas memberi markah dan menetapkan pemonang.... Disebabkan den konpiden ngan anak den dapat top 3, awal2 lagi den dah amik posisi shooting.... guno nikon P90 yang hebat lagi bergayo tu.







Bila announce pemenang anak den dapek no 2 , kiro 1st runner up la..... banggo la jugak.... hasil kerjo 1 jam setongah tambak bantuan isteri den yang tak putus aso memberi semangat dan suntikan terakhir pado lukisan anak den. Lepas penyampaian hadiah anak den bergambar dengan para pemenang lain dan pesaing2 yang tersingkir awal.....apa pun pengalaman berguna pado anak den bertanding secara terbuka..... kata ongppotih exposure....!

Monday, August 17, 2009

Cegah H1n1 Secara semulajadi

Makanan2 yg mencegah Selsema H1n1 dan membina antibodi. Pemakanan yang sihat adalah salah satu cara yg terbaik bagi membekalkan tubuh badan dengan kekuatan untuk melawan Virus H1n1.
Walaupun sekiranya anda dijangkiti virus ini, tubuh badan yang lebih kuat dan sihat mengurangkan risiko bada menjadi lebih tenat dari simptom simptom virus. Ia adalah penting bagi membina imunisasi dalam tubuh badan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus dan penyakit penyakit yang lain.
Sekiranya tubuh badan kuat, ia mampu melawan penyakit dan virus dimana virus terpaksa mencari perumah yang lebih lemah. - Makanlah buah-buahan, sayuran segar ,Legume, ikan, susu, kekacang ( almond, badam, etc) dan taugeh - dan sekiranya anda suka makan daging, kurangkan daging merah dan cubalah daging putih seperti Ayam, turkey dan ikan. Ini kerana badan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menghadam daging merah dan ini mengurangkan keberkesananya melawan penyakit. -

Elakkan Gula dan makanan-makanan berasaskan tepung yang akan melemahkan badan dimana ia meningkatkan risiko jangkitan Virus. Makanlah makanan yang betul dan amalkanlah gaya hidup Sihat. - Ingat, selalu fikir positif dan semangat kuat banyak membantu melawan penyakit.

Berikut adalah Makanan-makanan yg membantu mencegah H1n1-


bawang putih ( garlic)mempunyai kandungan kandungan Antivirus yang tinggi yang digunakan untuk melawan penyakit H1n1. - Garlic turut dapat merangsang antibodi dalam badan untuk melawan bakteria dan virus-virus.Sup garlicGarlic mentah - 2-4 ulas... kunyah dan telan. personally sya pernah try dan ia memang efektif dalam mencegah dan melawan penyakit selsema. Black tea ( teh Hitam)Kajian dari Universiti Harvard mendapati bahawa dengan meminum teh hitam setiap hari dalam seminggu dapat - merangsang badan untuk membina kandungan antivirus yang tinggi sebanyak 9 kali berbanding mereka yang tidak meminum teh. - Kandungan antivirus ini dapat membantu anda melawan penyakit selsema


Mushroom, cendawan, kulat- menguatkan lagi imunisasi badan terhadap penyakit h1n1. Sayuran dan buah buahanAnda patut mengamalkan gizi pemakanan seharian yang seimbang. - Pilih sayuran dan buahan yang kaya dengan vitamin C separti Brokoli, Tomato, lada hijau, lada merah, epal, anggur, strawberi, lobak merah - coarsefood grain should occupy half of your staple food. - Soup bayam merah pun amat baik bagi mereka yang ada selsema, rebus dan minum airnya yang kaya dengan vitamin dan protein yang dapat digunakan terus oleh badan.
Madu Dan Halia - Rebus madu dan campur sedikit jus Lemon dan halia dan minum. Ia dapat mencegah penyakit Selsema Next tip - Ketika sakit setelah makan ubat, Pakailah pakaian2 tebal agar kita dapat berpeluh, kerana sedikit sebanyak ia mungkin dapat membantu kita melawan demam dan penyakit selsema. Jangan lupa untuk berehat, Jangan berfikir negatif! You''ll be alrighT! ramai yang sudah sembuh dari Penyakit H1n1.

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...