Tuesday, July 29, 2008

Mass Camp F4 Alor Gajah 2008

Buat pertama kalinyer Mass Camp T4 MRSM Alor Gajah dijoin oleh Master Sifu Outdoor pado 16 -18 Jun 2008 ... Den la sapo laie....Sebelum nie orang lain yang dok handle...so kureng sikit la...kehappeningannyer....Den dilantik merangkap Jawatankuasa Teknikal & Aktiviti.... so apo2 yang bekonaan ngan aktiviti den terlibat secara live!( dalam erti kata lain LANGSUNG )
1. Geng Pompuan menyeting khemah
2. Banner kebanggaan MASS CAMP
3. Master Sifu pastikan laluan selamat
Start dari menengok kawasan bercamping sampai la tempat2 nak mengenakan dak form 4 nie.... biasola nak menyakat sikit jo....baru la mesro ngan anak murid.... sekali sekalo tak salah.
Tak terkecuali geng staf yang turut memberikan sumbangan tenaga dan kepakaran. Kek gambar nie ado la sek2 intra maju ( company maintenance ) Hafiz n Osman * pindah doh.... sedang membuat pendawaian elektrik sambil disaksikan mandor2 MRSM Azlan Senudin, Azriel & Fakhri Dstylo..
Den nak cerito pasal Mass Camp nie adolah satu2nyo program yang ado kat MRSM Alor Gajah jo. Tompek lain lain cari lah kompem takdo punyo.Biaso la program terbezo la katokan. Habis teori praktikalnyo poie la masuk hutan bercamping nak nilai dan nengok budak2 nie apply ke tidak kemahiran yang diajorkan.






Banyaklah aktiviti yang disetingkan....mulo dengan ice breaking, traditional games, solat berjemaah, tazkirah, bacaan yassin, ceramah, flagship, kembara malam,compas matching, treasure hunt, Bang! Bang! Boom! dan paling best obstacle route....memang kena lanyak budak2 nie sampai lumat....hu hu hu!



* Klik 2 kali pada gambar untuk saiz lebih besar....!

Monday, July 30, 2007

Hari Raya Qurban

Pado tanggal 10 Januari 2006, tahun ke ompek den berkhidmat di MRSM Gerik diadokan Majlis Menyembelih Lombu Qurban sempena Hari Rayo Haji. Sebagai orang kuat yang tiado tolok tandingannyo , den ditugaskan menyettlekan dua ekor lombu yang nak agih2kan kek orang kampung dokek sini.Sambil tu yang lobih eh jamu makan student2 yang tak balik kampung berayo.
Lombu baka Brahma import khas dari mexico yang senonim dengan lombu laga untuk matador2 kat sano dipilih kerano kepadatan daging eh. Lombu2 nie sekor2 berat eh dokek 2tan .Mako den terpakso la guno dan keluarkan ilmu2 kebatinan yang den blajo dokek Lata Kulim hampir 7 purnamo waktu Papua New Guine.
Start dari mulo menumbangkan eh sampai menambat den bereskan.Semuo eh selamat baru la den panggil Uztaz Jantan untuk menobek leher lombu Qurban nie .
Dengan semangat " Wonder
Pet"( Apo Yang Penting Bekerjosamo...! )
ulang banyak kal ikut versi yang betul guru2 dan staf2 turut datang membantu mengikat, menindih, menekan , menyekel, memijak ,menarik lombu yang nak disomboleh.Mako mudah lah Lombu tadi di Qurbankan...














Habis duo ekor lombu bako lago tadi ditumbang dengan disaksikan ratusan pelajar kepuasan den nyato tak terkato.Ramai yang menyatokan raso keterhutangan budi dan terimo kasih tak terhinggo pado den.










Solosai menyomboleh....mako mulo la pulak nak memotong daging eh . Tak macam mulo2 tadi lebih ramai yang datang membantu, tak kiro tuo mudo, laki perempuan , yang bujang maupun dah kahwin tigo tak termasuk yang dudo dan jando.....samo2 bergotong royong membahagikan daging untuk disedokahkan.
Lopeh sesi menyemboleh den beralih kepado memotong tulang-tulang dan tugas berat dibahagian yang lobih mencabar.

Lopeh habis mako saat2 menunggu hidangan amat dinanti2kan. Masakan daging lombu salai masak lomak cili api, sup gear box, sate dan kerabu paru2 dan limpa menjadi sajian istemewa sempeno Rayo Haji di perantauan macam den ni ha. Diakhiri dengan pantun arab parsi badwi
antaminkumtolumkum walkurmakulfandangqiriqanai tompuk2thahiunto......!





Sunday, June 24, 2007

Who Am I












































































































Wednesday, May 16, 2007

Fuyooo Hebatnya...!

Erm..... naper tak caye ker...... antara pencapaian yang dapat
dirakamkan antaranya Kejohanan Bowling Terbuka Melaka 2003. Pencapaian terbaik dengan Johan Individu dan Naib Johan Berpasukan.( Gambar yang pegang hadiah tu ler ) Manakala pernah mewakili universiti dalam kejohanan sukan Universiti-Universiti Asean pada tahun 2000.Biasa la tahap Asean dapat walaupun dah kira hebat tahap Dewa.
Pada Tahun 2000 juga mewakili Johor dalam Sukan Korporat dan terpilih sebagai Olahragawan sekaligus melayakkan diri sebagai pembaca ikrar.Mengetuai pasukan Bola Sepak Johor dan menyandang Juara pada kejohanan tersebut. Tidak terhenti setakat itu kehebatan yang tidak dapat dihalang lagi apabila menyertai pertandingan tarik tali peringkat Kebangsaan pada 2001 di Bukit Jalil. Pencapaian Naib Johan bagi kategori Institut Pengajian Tinggi.
Kalau nak diikutkan banyak lagi sukan yang diceburi tapi tak dapat dijadikan bukti sebab tak ada cameraman sukarela yang nak tangkap gambar.Contohnya badminton peringkat negeri, hoki mewakili daerah, rugbi mewakili universiti,bola baling mewakili universiti,sepaktakraw mewakili daerah dan olahraga peringkat negeri. Ha gambar kat sebelah nie...kenangan ketika merangkul naib johan Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Melayu Negeri Selangor 2000 mewakili Universiti.
Pembabitan sukan tidak hanya tertumpu pada menyertai mana-mana kejohanan tetapi terbabit dalam penganjuran sukan sama ada kepegawaian mahupun sukarelawan. Maklumla kehebatan berterusan walaupun walaupun menjadi sebahagian daripada penanjur tetapi masuh dalam idang sukan yang bukan calang-calang penganjurannya. Antara kejohanan yang terlibat adalah bertaraf dunia yang dipertandingkan di peringkat anatarabangsa seperti Sukan Komanwel '98, Sukan Sea, Mild Seven Beach Soccer, Johor Island Challange '99 dan Le Tour De Langkawi.

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...