Wednesday, March 21, 2007

Homeroom SAB 07

Ceewahhh...! baru sebulan bersama masing-masing ceria bersama Homeroom yang glamour dengan pencapaian membanggakan dalam minggu XTVT sem1, 2007.Hebat memang hebat...! Mana taknya bolot semua hadiah acara utama, johan bola keranjang perempuan, naib johan pingpong berpasukan, ketiga futsal, ketiga treasure hunt dan macam-macam lagi lah...Bak kata yang berlagak, keserasian terbaik lah setakat nie.... Dari kiri Raja, Zun, Fikri, Amalin, Sofiah,Syuhada, Zack, Shafiq, Zaidi, Kent dan Normah.



Program pertama minggu XTVT hari matematik....soalan susah tahap dewa ...tapi dengan bongkak, takbur dan riaknya...semua soalan dapat dijawb dengan pantas 30min sebelum masa tamat. Walaupun tak semua jawapan betul tapi dengan rasa confident yang ada kira betul la tu.... Mastermind jawap semua soalan dari kiri Farah ( tudung hitam ) Meerah, Normah dan Amalin.
Lepas penat jawab soalan dan menang banyak acara masa untuk rehat dan menjamu selera di tempat yang terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan homeroom lain join sama.Bukan apa takut makanan tak cukup.Pastinya menu hari tu cukup menyelerakan. Nasi Ayam berempah bersalut madu tandoori 3 rasa dan desert koktail yang menyegarkan. Zaidi ( Baju Merah ) tanpa segan dan silu terus makan walaupun doa belum dibacakan. Zun, Safwan dan Shafiq sempat berikan possing istimewa sebelum menyantap.

Hiasan buah-buahan tidak ketinggalan setiap kali Minggu XTVT diadakan.Yang pasti kalau ada kategori Hiasan buah terbanyak Saidina AbuBakar pasti juaranya.Mana taknya dengan jumlah buah yang banyak tak tertampung bakul sehingga tercabut tangkainya.Stok buah memang tak habis makan kalau setakat seminggu pisang emas 7kg, epal merah 4kg, epal hijau 5kg, Oren 6kg, limau madu 3kg, Asam Kundang 2kg, Anggur 4kg dan buah-buahan lain berkg-kg. Homeroom paling mewah dengan buah buahan.

Apabila siap dihias memang menyelerakan... syruupp....! sedapnya..


( sekadar gambar hiasan dari homeroom lain he. he. he.. )


SAB 07 in Memories

Monday, March 19, 2007

Jom pi Melaka..

Bercuti bersamo keluargo den ke Melako yang pastinyo banyak tempat menarik untuk dilawati.

Satu lagi tompek menarik untuk den poie ngan family den di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Ramo-ramo dan Reptilia Melako yang menjadi tompek tinggal berbagai spesies ramo-ramo dan reptilia.

Selain ramo-ramo, yang merupakan hidupan utamo di sini, den jugak boleh menyaksikan pelbagai jonih reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan banyak lagi lah seranggo yang pastinyo akan membuekkan anak bini den raso goli goleman.
Peluang dapek beri makan ikan kap yang berwarno warni memang tak dapek den nak lopeh kan lebih-lebih anak den yang kiut miut tu...Kalo dapek nak terojun jo kek kolam tu nasib baik den dapat grip badan dio....sayang oiiii....
Mano la anak den tak gohram nengok ikan-ikan kap tu ha.Dapek masak lomak cili api meleleh air lior tapi dapek gohreng pun sodap....
Satu lagi peluang yang tak dapek den lopehkan
seumur hidop den iolah dapek amik gambor
dengan Burung Kakak Tuo, memang dan tuo pun burung ni.Lady namo eh...panggil jo nama eh truih dio hinggap kek bahu den.Tak sompek den nak possing dah ditangkap gambor den dek kamera.tu yang buek anak den nampak muko dio tu takut ke patok dek burung tu ha. Sebenor eh burung kaka tuo tu yang takut jatuh dari bahu den.Ado lagi macam2 binatang kek taman ramo-ramo nie ha..siamang,cipan,baboon,buayo cumonyo tak dapek den nak tunjuk semua kat sini ha....ekau poie sendiri la tempek ni hey minah oi....

Kereta Racingku....

Ibarat King and Queen on the road....yang besaq tu dengan bangganya nak habaq Che'Otot yang punya...yang kecik kat sebelah tu wife punya....Walaupun berbeza saiz, bentuk, model
dan pengeluar namun segak bergaya di jalan raya...

Honda Civic EK 1.6(A) 1997 ini baru dimiliki pada 3 Nov 2005.Dengan dilengkapi enjin berkuasa Vtec B16A... kuasa kelajuan maksimum mencapai 275 km/j dalam masa 15 saat.Rim 17" daripada BSA dipadankan dengan tayar Silverstone 205/45/17 dan suspensi daripada pengeluar KIMEX.
Bahagian luaran masih mengekalkan warna silver gold asal dengan tambahan skirting hadapan dan belakang daripada Type-R.Eksoz mugen dengan 2 1/2 inci paip disesuaikan dengan 2 bullet dan eccelerator 4/2/1 bagi menambah kuasa pecutan ke tahap maksima.Bahagian dalaman dihiasi tempat duduk hadapan Recaro
Fully Leather dengan buatan khas beharga RM3580.00 setiap satu....Bahagian dashboard dan gear console masih dalam keadaan asal dipadankan steering momo auto speed button dengan kos RM2100 dan audio sistem DVD/USB player jenama PIONEER. Bumbung digayakan dengan "SUNROOF" dari Dr Cool sememangnya lebih membuatkan kereta idaman ini nampak sporty.Ruangan dalaman mengekalkan warna gelap yang eksklusif dapat memberi satu suasana pemanduan yang elegan dan versatile.

Friday, March 09, 2007

Puncak Si Janggut

XPDC ke Hutan Simpan Papulut.Sebahagian ahli kelab terdiri daripada Mursyid( direject kerana berpindah )Hilmy, Che'Otot dan Norman.Pendakian yang menarik dan mencabar....
Bergambar diatas puncak sejurus sampai pada jam 9.45pagi 14 Jan 2007.Satu-satunya kumpulan pertama yang berjaya sampai ke puncak dengan ketinggian 1875 kaki.Dari kiri Che'Otot Ketua Projek, Mursyid @ Pendekar Mustar,Hilmy The Gimic dan Pullah Budak Suruhan

Mursyid,Norman, Hilmy dan Che'Otot sedang cuba membuat kajian terhadap sejenis spesis tumbuhan.Gambar di satu tempat yang terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan pendaki-pendaki terkemudian membuat pencemaran yang tidak sepatutnya dilakukan.Syarat mendaki ditetapkan dengan tidak meninggalkan sebarang kotoran walaupun sebesar biji saga.Makluman pendekar mustar ( Mursyid ) terpaksa membawa dan membungkus Karbon Monoksida dikenali sebagai ( KENTUT )yang dikeluarkan oleh seorang daripada ahli kelab untuk dibuang semasa turun dari puncak...

Sewaktu perjalanan ke puncak terdapat kawasan yang ditumbuhi pokok gelam yang mempunyai kulit kering dan mudah mengelupas.Kesan mengelupas kulit pokok itu boleh dirasai sekirannya meletakkan kepala atau anggota badan diantara 2 batang pokok.Kesan seperti ada tarikan magnet dapat dirasai.Kelihatan Che'Otot mencuba sendiri kesan yang terhasil menyebabkan dua biji mata ke arah yang berbeza dalam satu masa.Dalam bahasa sanskritnya( Jim-Wau-Lam-Ya-Nga )

Selepas penat membuat laluan bagi tujuan menanda jalan untuk trekking,bersantai seketika di lata kulim yang merupakan air terjun semula jadi yang mempunyai 7 tingkat air terjun.

Aksi Kuntau Ong-Bak hasil pertapaan selama 3 bulan 10 hari mempamerkan aksi yang jarang sekali ditemui.Berkat kesabaran dan kecekalan latihan yang berat dan dugaan mencabar maka terhasillah "Flying Kick Tanpa Bayang".

Sambil rehat-rehat soru mau jaga.. menu utama ayam madu tandoori panggang sudah semestinya menjadi santapan. Selain tu sayur paprik, ketupat, nasi baryani sebagai menu tambahan yang disediakan bagi memuaskan nafsu masing -masing setelah berpenat lelah mendaki puncak Si Janggut.

Possing maut tetap...kira dah jadi xtvt utama setiap kali xpdc dibuat, tak kira gunung, lembah, air , udara dan mana-mana yang difikirkan menarik.Kenangan bersama ahli tetap Che'Otot Adventure Team Mursyid@ Pendekar Mustar, Che' Otot, Norman d'Trekker dan Hilmy d'Gimic di air terjun Seven Level di percayai kawasan pertapaan termasyhur di kalangan pendekar-pendekar lama. Walaubagaimana pun lokasi sebenar tidak dapat ditunjukkan bagi menjaga tempat tersebut disalahguna oleh orang-orang yang berniat jahat.

My Ex-Homeroom

Boy, Bean, Big Boss and Pullah 10 minit sebelum Majlis
Graduasi .Masing-masing menunjukkan wajah bangga dan riak...
almaklum beberapa jam sebelum diarah balik dan disahkan bukan lagi pelajar MRSM Gerik.. Perhatikan lubang hidung masing-masing...


Boy,Pullah,BigBoss,Yanti,Shira,Ezzah,Khai,Fizyan,Fifi and Ili .Kenangan selepas Majlis Graduasi 18 Okt 2006. Sebenarnya ada lagi 3 orang yang tak dapat dikesan sama ada malu nak bergambar atau dah mula rasa berlagak nak dapat sijil graduasi....Good luck untuk semua...
Gambar Homeroom ketika 2 minggu selepas hari pendaftaran pada 14 April 2004.Kelihatan setiap ahli homeroom masih dalam keadaan "home sick" dan seorang dua kelihatan berlagak pada awalnya terutama yang berada ditengah-tengah sekali dibarisan belakang.Walaubagaimanapun semua ahli berjaya menempuh alam penghomerooman selama tiga tahun bersama Che'Otot.To all Saidina Abu Bakar '04 members all the best for ur study...ceh..!speaking london plak..


This is my lovely Homeroom Power Girls, from the left Ili,Farah,Khai,Shira,Fizyan,Ezzah,Fifi and Yanti.



Pertama kali berbuka puasa di perantauan . Saat menunggu berbuka puasa tahun pertama di MRSM Gerik. Dalam majlis Buka Puasa Perdana Saidina AbuBakar dijamu dengan kek Blueberry 3 tingkat, satay arnab dan rusa 200 cucuk air berkabonat sebotol setiap seorang dan hidangan nasi kurma berlaukkan daging seladang masak kicap.Pastinya mengiurkan sebelum menjamah.Walaubagaimanapun setiap ahli homeroom sabar menunggu dengan penuh keimanan menunaikan ibadah fardu merupakan rukun islam ketiga.Aminnnnn....!
From the lefthand side Ezzah, Ili, Farah, Fizyan, Syira, Fifi, CheOtot,Boy,Fadzli,Bean and Hakim.
Kat mana ni...? eleh buat tak tau lak dah nampak pokok bakau tu Kuala Sepetang le...Buat pertama kalinya xtvt luar bergabung dengan Homeroom Al-Maliki( Cikgu Kas ) 3h 2mlm dok di chalet... sepanjang kat sana ada ler xtvt yang dibuat dari awal pagi sampailah ke lewat malam.Xtvt malam tu yang tak dapat lupa ada yang merangkak,peluk pokok,langgar tiang macam-macam ada...ingat2 balik saat-saat tu...

My Family


This is my lovely daughter...Allysha Fateen Najwa .Lahir pada 10 Disember 2003 jam 11.32 malam.Seharian menunggu di wad bersalin akhirnya selamat dilahirkan dengan berat 3.4kg.Sihat macam ayahya...

Yang comel sorang lagi nie anak kedua lahir pada 13 November 2007 jam 4.28 petang dengan berat 2.97kg. Setelah berhempas pulas segala imam , ulama' sufi, dukun , pawang , tok nujum pak belalang,dan Agong ditemui maka dapat ilham nama yang diberikan akhirnya didaftarkan di Jabatan Pendaftaran dengan nama Muhammad Danish Amsyar

Gambar kenangan isteri tercinta( Azean ) dan anak tersayang( Allysha ) di pagi hari raya tahun lepas 24 Okt 2006....Bernikah pada tanggal 23 Feb 2003, dengan bangga riak dan eksennya sekali lafaz secara sah menjadi suami isteri yang sah...Tak practise pun...jangan jelous..











Ibu, Isteri ( Azean ) anak ( Allysha Fateen Najwa )Kenangan di pagi raya 24 Okt 2006 sebelum beraya di rumah sebelah mertua.Buat pertama kalinya pakai baju warna sedondon.... sebelum nie..he he he


Bercuti bersama keluarga di Melaka.Gambar nie diambil pada hari 12 Mac 2007 dihadapan Selat Melaka Merupakan selat terpanjang dan tersibuk didunia.Tak sempat nak possing habis sebab kepanasan dan sebenarnya ramai orang kat sekeliling tu...saja buat selamber....maklum la dah dekat tahun melawat Malaysia.Yang pastinya memang best..!

Aksi anak kesayangan ..... lokasi tepi rumah ..possing atas keta...meowww.....!




Syyyyyyyhhhhhhh......! jangan bagitau sesapa tau adik enish... sembunyi kat sini.... dah 5 jam kakak alice tak dapat cari... hu hu hu....!

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...