Mursyid,Norman, Hilmy dan Che'Otot sedang cuba membuat kajian terhadap sejenis spesis tumbuhan.Gambar di satu tempat yang terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan pendaki-pendaki terkemudian membuat pencemaran yang tidak sepatutnya dilakukan.Syarat mendaki ditetapkan dengan tidak meninggalkan sebarang kotoran walaupun sebesar biji saga.Makluman pendekar mustar ( Mursyid ) terpaksa membawa dan membungkus Karbon Monoksida dikenali sebagai ( KENTUT )yang dikeluarkan oleh seorang daripada ahli kelab untuk dibuang semasa turun dari puncak...
Sambil rehat-rehat soru mau jaga.. menu utama ayam madu tandoori panggang sudah semestinya menjadi santapan. Selain tu sayur paprik, ketupat, nasi baryani sebagai menu tambahan yang disediakan bagi memuaskan nafsu masing -masing setelah berpenat lelah mendaki puncak Si Janggut.
Possing maut tetap...kira dah jadi xtvt utama setiap kali xpdc dibuat, tak kira gunung, lembah, air , udara dan mana-mana yang difikirkan menarik.Kenangan bersama ahli tetap Che'Otot Adventure Team Mursyid@ Pendekar Mustar, Che' Otot, Norman d'Trekker dan Hilmy d'Gimic di air terjun Seven Level di percayai kawasan pertapaan termasyhur di kalangan pendekar-pendekar lama. Walaubagaimana pun lokasi sebenar tidak dapat ditunjukkan bagi menjaga tempat tersebut disalahguna oleh orang-orang yang berniat jahat.
No comments:
Post a Comment