Wednesday, March 21, 2007

Homeroom SAB 07

Ceewahhh...! baru sebulan bersama masing-masing ceria bersama Homeroom yang glamour dengan pencapaian membanggakan dalam minggu XTVT sem1, 2007.Hebat memang hebat...! Mana taknya bolot semua hadiah acara utama, johan bola keranjang perempuan, naib johan pingpong berpasukan, ketiga futsal, ketiga treasure hunt dan macam-macam lagi lah...Bak kata yang berlagak, keserasian terbaik lah setakat nie.... Dari kiri Raja, Zun, Fikri, Amalin, Sofiah,Syuhada, Zack, Shafiq, Zaidi, Kent dan Normah.



Program pertama minggu XTVT hari matematik....soalan susah tahap dewa ...tapi dengan bongkak, takbur dan riaknya...semua soalan dapat dijawb dengan pantas 30min sebelum masa tamat. Walaupun tak semua jawapan betul tapi dengan rasa confident yang ada kira betul la tu.... Mastermind jawap semua soalan dari kiri Farah ( tudung hitam ) Meerah, Normah dan Amalin.
Lepas penat jawab soalan dan menang banyak acara masa untuk rehat dan menjamu selera di tempat yang terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan homeroom lain join sama.Bukan apa takut makanan tak cukup.Pastinya menu hari tu cukup menyelerakan. Nasi Ayam berempah bersalut madu tandoori 3 rasa dan desert koktail yang menyegarkan. Zaidi ( Baju Merah ) tanpa segan dan silu terus makan walaupun doa belum dibacakan. Zun, Safwan dan Shafiq sempat berikan possing istimewa sebelum menyantap.

Hiasan buah-buahan tidak ketinggalan setiap kali Minggu XTVT diadakan.Yang pasti kalau ada kategori Hiasan buah terbanyak Saidina AbuBakar pasti juaranya.Mana taknya dengan jumlah buah yang banyak tak tertampung bakul sehingga tercabut tangkainya.Stok buah memang tak habis makan kalau setakat seminggu pisang emas 7kg, epal merah 4kg, epal hijau 5kg, Oren 6kg, limau madu 3kg, Asam Kundang 2kg, Anggur 4kg dan buah-buahan lain berkg-kg. Homeroom paling mewah dengan buah buahan.

Apabila siap dihias memang menyelerakan... syruupp....! sedapnya..


( sekadar gambar hiasan dari homeroom lain he. he. he.. )


SAB 07 in Memories

No comments:

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...