Tuesday, July 28, 2009

H1N1

PUTRAJAYA: Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin, korban terbaru Influenza A (H1N1) di Malaysia dengan menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat ini, disifatkan pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata wanita itu dimasukkan ke Hospital Melaka Ahad lalu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.40 pagi kelmarin akibat pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dan kegagalan buah pinggang akut.
Dr Ismail berkata, siasatan mendapati, mangsa lambat ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan awal, walaupun mengalami pelbagai tanda jangkitan H1N1 termasuk demam, batuk dan sakit tekak teruk sejak 16 Julai lalu. "Berikutan itu, saya meminta orang ramai yang mengalami simptom H1N1 atau penyakit seperti influenza (ILI) termasuk demam berterusan, sakit dada, sesak nafas dan perubahan kewarasan, segera mendapatkan rawatan.


Seram naik berdiri bulu roma aku......
ada lagi mangsa dek virus Influenza A meninggal dunia kat area Taman Sri Cempaka...
sewaktu kawasan dengan Tesco Melaka.... Dah kira 4 orang maut sebabkan virus kategori
najis Mughallazoh ni...
Teori aku lebih baik tak payah nak jaga bahasa dek kerana nak nampak sopan ....
virus nie dipanggilnyer...H1N1......apa kejadahnyer.....( guna intonasi Kamarudin Mape Edisi Siasat)
Cuba gelarkan jer Virus Selsema BABI ..... dah tentu kepala orang ramai set benda kotor , najis... ramai la yang beringat jaga kebersihan....dok jauh dengan orang yang dikuarantinkan......

Ini setakat lepaskan batuk ditangga.....sapa peduli...cuba la lepaskan batuk tu kat depan muka orang ker....dalam poket orang ker...baru la ader yang hangin dengan benda2 macam nie.Dah teruk.... baru mengelabah .....! Dah benjol kepala tu terantuk baru sibuk nak mengelak.....hemmmm lambat dah...!

Kat Melaka nie.... berpuluh sekolah, ipt,pusat tu pusat nie....tutup ..... kuarantin berhari2 dek kerana Selsema BABI ..... Sebagai umat Islam kena muhasabah diri.... kenapa ada benda pelik2 nie Tuhan turunkan....bukan tempat lain tapi tempat kita......sedangkan ramai lagi dan banyak lagi tempat leh merebak......

Renung...renungkan.......!

2 comments:

Anonymous said...

cilaka pnyer babi, patut la anak babi jalan tunduk, malu a tu, nak ngaku mak dia babi, eh mak dia A h1n1

Azlan (Cheotot) said...

ko pun tak nak mgaku sapa ko.....! kalo berani tulis la nama..!

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...