Friday, April 27, 2007

My Home

Sorry geng lum siap upload......!

Thursday, April 26, 2007

LATA KULIM ...syoknyerrr

Kembara Lata Kulim bersama ahli tetap dan beberapa anak homeroom pada 26 April 2007 bersempena Pertabalan Agong ke 17. Bertolak dari MRSM Gerik jam 10 pagi mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan mendaki bukit dan meredah hutan untuk sampai ke hilir lata.Dari kanan Che'Otot, Norman D'guard, Hisham D'Ranger, Pullah, Syira (Myex-homeroom) Syaza, Camel (saja menyibuk) dan Pak Cu D'otai.
Setelah onak dan duri diharungi maka sampai lah ke destinasi yang dituju dimana terletaknya air terjun Lata Kulim setinggi 35 meter yang juga merupakan kawasan pertapaan pendekar-pendekar zaman lampau seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Hang Tuah (mengikut cerita dari mulut-ke mulut penduduk tempatan). Sebelum memulakan tugasan masing-masing possing maut ala Dunhill merupakan acara tetap yang tidak dapat ditinggalkan. Pemandangan yang berlatar belakangkan Air Terjun yang sejuk dan nyaman membuatkan perjalanan yang memenatkan hilang entah kemana.
" Oiii apa tunggu lagi..... buat kerja masing-masing .... ha mak enon tiga orang tu cari kayu api jangan asyik tau makan jer... pegiii... cepaaatttt....." ( gitulah gaya dialognyer..... ) " Ha sorang lagi apa buat kat atas pokok tu... turun - turun... jangan plak nak jadi cipan asyik nak memanjat jer... banyak lagi kerja nak dibuat nie.....
Dengan kecut perut masing-masing lari menyelamatkan diri ....tengok je la dua orang minah kat belakang tu orang surah buat lain dia pi main air la plak.... ada yang nak kena makan air minum pasir ni karang....... ( eh ayat tu tak silap tapi sendiri mau ingat )
Huarggh....huargghhh...huarrghh..kah..kah.. kih..kih..kuh...kuhh...! ( Apa dia kita kitaorang gelakkan...bukan pasal yang tengah berdiri tutp muka tu tapi...Hisham D'ranger ( berbaju merah) sila double klik pada gambar untuk saiz lebih besar.... perhatikan betul-betul pada seluar yang dia pakai..... sendiri tafsir.....
Aksi gaya Dunhill peringkat ke-8.. di bawah laluan utama air terjun Lata Kulim. Perhatikan air yang mengalir...bagaikan buih sabun basuh Ekonomi Handalan dengan diperkayakan haruman limau purut.Kesejukan air pada tahap 5 darjah celsius dan kederasan terjuanan air pada 9.3 pada skala ricther


AKSI -AKSI DISEBALIK TABIR

Wednesday, April 11, 2007

My Hobbies

Sorry still under construction......! minggu depan siap..................

Monday, April 09, 2007

SEPETANG BERSAMA MYex-homeroom

"Eehhhh...! jangan la nak mengopak tangan ekau tu ha... kang nampak macam orang cacat jo ha..."Ha kalo korang semuo nak tau kitaorang tongah terpacak bergambo sakan ditopi tasik kat Tepeng nu ha.Sajo jo la nak merapekkan hubungan silaturohim katokan.Nasib baik ado tigo jo bokeh anak homeroom den...kalo ado semuo terjeluih keluar poket den hari tu....sajo jo...maklumla pakcik kayooooooo....! NO HAL PUNYO...
Dari Kiri Yanti, Syira, Che'Otot and Pullah. ( 8 April 2007 )

Lamo jugak la den melepak kat sana tu ha....sajo layan sembang lamo tak jumpo..sambil rehat mencuci mato couple buek kejo tak sononoh kek situ..apo nak jadi ehh, bak kata orang sambil menyolam minum air....tapi la pada den kalo menyolam minum air mampuih keras lamo dah ekau lomas eee jang oiiii.....!
Sobolum melepak puih jugak la berjalan ronda-ronda kek bando Tepeng tu ha.Tak ketinggalan singgah kek The Store....wehh..! ado CHEAP SALE....! sompek jugak la den memboli-bolah sekojap.
Sembang punyo sembang langit tak selamo eh coghrah...! Tepeng potang jo hujan la..... Sobab tu den dah prepare awal-awal lagi sediokan payung sobolum hujan.Walaubagaimana pun den ngan anak homeroom den sompek lagi membaham memboncit porut masing-masing...

oiiiii.....cubo ekau tengok langit tu ha...golap semacam jo...alamat nak hujan lobat .... basa kuyop jawab eh...!
Eh iyo la...tapi jangan panik biar den tengok dulu ramalan kaji cuaco hari nie... sekojap jo...den advance dalam bab... meramal nie ha....
Ha.... ujan turun limo minit lagi ha.. sompek lagi nak possing-possing maut sobolum cabut lari....
Ready for take.....3,2,1 action...!

Saturday, April 07, 2007

Masakan Rimba

"Hey...awak dengar sini yang main kat belakang tu.....kalau tak beri komitmen nasi tak masak dalam masa yang ditetapkan saya potong markah, makan nasi mentah la jawabnya...!" ( lebih kurang gitula dialog Utz Rahim kat budak-budak )
Memang kecoh masa aktiviti masakan rimba 28 April tu...mana taknya masing-masing berlagak chef... bagi tips-tips cara masak ikut logik sendiri.Dengan ikut lohik tu jagaklah ada yang pecahkan telur masa nak masukkan beras dalam buluh.Kat rumah selalu nak masak telur pecahkan dulu katanya.... bijak! bijak! memang bijak telajak!

Ni satu lagi.... masak tanpa api... takut panas katanya....main kipas jer..ada yang kena tunggu minggu depan baru dapat makan nasi tu.Harap jer ramai tapi yang buat 2-3 orang yang lain sekadar pelakon tambahan di lokasi kejadian.Ini antara gelagat pelajar F2 MRSM Gerik semasa aktiviti masakan rimba dijalankan.


Tak kurang juga....yang handal masak nasi dalam buluh tu... main pegang jer sampai nasi tu masak...
ada menuntut ilmu tangan kulit
buaya kot...! ( ish... dasat tu...)
Eee ehhh... ada plak yang masak guna asap jer...nak sampai kurun ke barapa plak la nak masa nasi tu... alasannya banyak nyamuk sambil masak halau nyamuk sekali...2 dalam 1... macam syampoo rejoice lak dah... nasib korang la yang nak makan pun bukan orang lain... Apa pun tahniah kepada semua kerana berjaya ...menghidangkan masakan rimba tepat pada masanya...walaupun ada yang masak hingga rentung buluh tu...kalau rentung apa jadi pada nasi tu sendiri boleh teka...!

Ha sapa rasa nasi dah masak tu...bak sini saya belahkan buluh tu....Bismillahirahmannirahim....praaakkk...! ermmmm ok la nie masak....!lulus....10 points....to homeroom...?????


Ermmm...! menyelerakan....boleh tahan la jugak pelajar-pelajar F2 ni menghidangkan nasi yang sudah dimasak....mungkin selepas ini boleh mencuba menu yang lain pulak..

JungLe D' TrekkinG

Tanggal 28 Mac 2007...kembali aktifnya program Outdoor kat MRSM Gerik... Master Of D' Project... tengah sibuk bagi taklimat terakhir kepada semua pelajar seramai 400 orang. " Listen to me, before we start our trekking I want all of you follow my rules, Rules no.1 keep quiet, no.2 .... Hey..! behind there...repeat what i said just now...! ( dengan nada marah.....! dalam speaking LONDON kih kih kih...!)

Tepat jam 9.00 pagi maka bermula langkah pertama dengan penuh debaran dihati para pelajar maklum la ada yang baru pertama kali nak masuk hutan.Ada yang dah pernah masuk hutan takat dalam mimpi dan pengalaman masuk zoo dengan family jer ler.Gambar kat sebelah nie sajer biarkan pelajar perempuan rehat lama-lama kat kawasan tu.Kawasan banyak P.A.C.A.T.... tak kena gigit pacat tak lengkap la ekpedisi ni.Apa pun tahniah kepada all girls tak terkecuali digigit pacat sehingga langkah yang terakhir....

Marshal berehat seketika di checkpoint yang merupakan puncak tertinggi disepanjang laluan setelah letih membantu pelajar mendaki dilaluan curam bersudut 90 darjah.Mau tak penat 400 orang nak tercabut tangan sorang-sorang.Nasib baik ada mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan aktif bersukan.Semuanya dapat dihadapi dengan tenang tanpa sedikit pun megeluh.Hebat tuuuuuuu...!Dari kiri Norzairiah, Mahyuddin ( laki bini ler ) Zamzuri, Norman dan Che'Otot.

Eeeeee....! apa tu.....kat mana tu...! puihhhh...! busuk tahap dewa..! Nampak tak yang berbuih putih tu....bukan buih syampoo bukan buih sabun... buih tu datang dari loji kumbahan $#&@#&?!.. uuweerrk.Tapi kalau dilihat Che'Otot masih dapat mengekalkan kemachoan dan kehenseman sewaktu gambar ini dirakamkan. Walaubagaimana pun tak sorang pun pelajar tahu apa yang menyebabkan kewujudan buih tersebut. Bukan saja pelajar tak ada seorang marshal pun yang mampu merakamkan gambar dari sudut sebaik gambar disebelah... fuyoooooo....!
He..he..he..! padan muka penat panjat bukit tu....tu la suruh training lari pusing maktab malas ha tu la padahnya.Baru panjat sikit dah semput kena asthma la, sakit jantung la,paru-paru nak pecah la..barah buah pinggang la..sakit hati la..eh..sakit hati plak. Apapun dengan bangganya 400 orang pelajar dapat menempuhinya.Lihat sajer reaksi Che'Otot tersenyum apabila pelajar memulakan pendakian puncak kedua terutama pelajar perempuan....he he he...senyum ada makna tu.......ha jangan pikir yang bukan-bukan...!

Jibon: "Oiiiii...kawan-kawan Tongkat Ali la...kata try cabut nak..?" Ketot: "Hey...! ko dah lupa ker pesan Sifu tadi kalau nak merasa sesat dalam utan nie...cabut lerrr...aaa aku tak tangungggggg..gg." Memang banyak pokok herba disepanjang laluan ekspedisi ni, bukan jer Tongkat Ali, Kacip Fatimah,Halia Hutan, Bertam,Bayas dan macam-macam lagi lah...dah nama pun hutan...macam-macam ada yang tak boleh lihat dek mata pun ada.....tttaaakuttt..!
Semua puas dengan cabaran merentasi Hutan Simpan Papulut berjaya diatasi.Masing-masing tak menunjukkan sebarang reaksi muka penat tapi dengan rasa takbur bongkak riak dan sombongnya mahukan ekspedisi yang lebih mencabar lagi.Walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dengan laluan sukar menuruni lembah dan mendaki cerun bukit bersudut 90 darjah namun ianya tidak menjadi halangan.Cayaaa lah..! Hidup Che'Otot...! Hidup JungLe D' TrekkinG...!

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...