Thursday, April 26, 2007

LATA KULIM ...syoknyerrr

Kembara Lata Kulim bersama ahli tetap dan beberapa anak homeroom pada 26 April 2007 bersempena Pertabalan Agong ke 17. Bertolak dari MRSM Gerik jam 10 pagi mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan mendaki bukit dan meredah hutan untuk sampai ke hilir lata.Dari kanan Che'Otot, Norman D'guard, Hisham D'Ranger, Pullah, Syira (Myex-homeroom) Syaza, Camel (saja menyibuk) dan Pak Cu D'otai.
Setelah onak dan duri diharungi maka sampai lah ke destinasi yang dituju dimana terletaknya air terjun Lata Kulim setinggi 35 meter yang juga merupakan kawasan pertapaan pendekar-pendekar zaman lampau seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Hang Tuah (mengikut cerita dari mulut-ke mulut penduduk tempatan). Sebelum memulakan tugasan masing-masing possing maut ala Dunhill merupakan acara tetap yang tidak dapat ditinggalkan. Pemandangan yang berlatar belakangkan Air Terjun yang sejuk dan nyaman membuatkan perjalanan yang memenatkan hilang entah kemana.
" Oiii apa tunggu lagi..... buat kerja masing-masing .... ha mak enon tiga orang tu cari kayu api jangan asyik tau makan jer... pegiii... cepaaatttt....." ( gitulah gaya dialognyer..... ) " Ha sorang lagi apa buat kat atas pokok tu... turun - turun... jangan plak nak jadi cipan asyik nak memanjat jer... banyak lagi kerja nak dibuat nie.....
Dengan kecut perut masing-masing lari menyelamatkan diri ....tengok je la dua orang minah kat belakang tu orang surah buat lain dia pi main air la plak.... ada yang nak kena makan air minum pasir ni karang....... ( eh ayat tu tak silap tapi sendiri mau ingat )
Huarggh....huargghhh...huarrghh..kah..kah.. kih..kih..kuh...kuhh...! ( Apa dia kita kitaorang gelakkan...bukan pasal yang tengah berdiri tutp muka tu tapi...Hisham D'ranger ( berbaju merah) sila double klik pada gambar untuk saiz lebih besar.... perhatikan betul-betul pada seluar yang dia pakai..... sendiri tafsir.....
Aksi gaya Dunhill peringkat ke-8.. di bawah laluan utama air terjun Lata Kulim. Perhatikan air yang mengalir...bagaikan buih sabun basuh Ekonomi Handalan dengan diperkayakan haruman limau purut.Kesejukan air pada tahap 5 darjah celsius dan kederasan terjuanan air pada 9.3 pada skala ricther


AKSI -AKSI DISEBALIK TABIR

No comments:

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...