Wednesday, August 05, 2009

17 sekolah di Melaka tutup akibat H1N1



MELAKA 4 Ogos - Sebanyak 14 buah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di negeri ini telah diarah tutup akibat penularan wabak penyakit virus selesema babi atau influenza A (H1N1).



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol berkata, setakat Ahad lalu, pihaknya mengenal pasti sebanyak 135 kes H1N1 berlaku di seluruh negeri.
Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 129 kes terdiri daripada kalangan penduduk tempatan dan enam kes melibatkan pelancong asing yang bercuti dan belajar di institusi pengajian tinggi di Melaka.



''Daripada 135 kes itu, 65 pesakit dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka manakala 70 orang dikuarantin di rumah dan pusat pengajian tinggi terlibat,"



Menurutnya, bagi membendung wabak itu menular di kalangan masyarakat, pihaknya melalui Jabatan Kesihatan giat melaksanakan kempen menyebar maklumat menerusi risalah dan poster kepada orang ramai dari semasa ke semasa.



''Selain itu, kita juga mengadakan ceramah, pameran dan dialog bersama penduduk bagi menerangkan kepada mereka tentang wabak H1N1 agar mereka lebih faham dan bersedia menghadapi penularan virus ini," katanya.

3 comments:

Hakim said...

Kami dah merasa bercuti sebabkan Virus Najis Mughallazoh nie....

Awe said...

Rasanya bukan Melaka jer teruk....satu Malaysia nie...dah merata menjangkit....

Azlan (Cheotot) said...

Puak2 Koprat ( Keparat) masih nak selindung....tak kena kat batang hidung bleh la cakap....

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...