Tuesday, August 11, 2009

SELSEMA BABI Kian Merebak...!

Kes demi kes Selsema Babi kian menular termasuk di Melaka yang mencatatkan kes penularan wabak H1N1 paling tinggi di seluruh negara.Jumlah kematian seluruh negara melebihi 30 orang setakat jam 11.50 pagi ini adalah ditahap yang paling membimbangkan......Kebanyakan institusi pendidikan melaksanakan pencegahan awal termasuk memberi cuti kuarantin dan mengedarkan topeng keselamatan ( mask ) untuk semua kakitangan sebagai langkah -langkah berjaga. Walaubgaimanapun ianya hanya langkah sementara sehingga vaksin H1N1 dapat diberikan seperti mana pengumuman kerajaan yang membelanjakan RM 20 juta untuk kos menyediakan vaksin ini yang diimport dari Amerika Syarikat.












Kesedaran orang ramai mengenai wabak ini masih terlalu lemah walaupun ianya belum diisytiharkan oleh kerajaan sebagai keadaan darurat. Kes kematian yang semakin meningkat sepatutnya lebih dilaporkan secara meluas bagi mengingatkan rakyat supaya mengambil langkah pencegahan awal bagi membendung wabak ini menjadi semakin serius.Kebanyakan rakyat negara ini masih mempunyai sikap acuh tak acuh....dalam kes ini sehingga menganggap perkara remeh dalam pemakaian topeng keselamatan semasa berada di kawasan tumpuan awam.
Seharusnya kerajaan dan badan yang bertanggungjawab menekankan penguatkuasaan yang lebih aktif terutama mengubah mentaliti rakyat negara ini supaya menjadi rakyat yang mempunyai sensitiviti mengenai kesedaran kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dalam mengurangkan bilangan mangsa disebabkan Virus yang kian menganas.
* Mencegah lebih baik daripada mengubati..... ( pesanan khas dari dBigBoss )

No comments:

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...