Laman blog ini mengalu-alukan pelayar-pelayar laman
web menyertai aktiviti yangdianjurkan dengan
berkongsi pengalaman bagi memeriahkan dan meramaikan
lagi penglibatan aktiviti yang
diadakan...
semoga terhibur....
Melaka (Malaysia): Skuad serba baru Rivive Dream Team bakal memulakan kempen Fantasy Primier League pada 4 Ogos ini dengan barisan pemain yang dijangka mampu menandingi SlaluDatas, PKR, PUMA, WPL 8376, Lan Child FC dan yang lain untuk gelaran musim ini tetapi ketua jurulatih, Didier Radzi sedar kehadiran saingan Piala Dunia mampu mencetuskan kekecewaan.Perlawanan persahabatan pramusim pada 24 Julai lalu yang berkesudahan 6-2 yang memihak kepada juara musim lalu itu membuatkan Gemencheh FC sedar betapa kekuatan pasukan yang begitu mantap dibarisi ramai pemain ternama. Berikutan perpindahan pemain Revive Dream Team, Robert Azaam De Yacob, awal Mac lalu serta perpindahan pengerusi kelab, Pape Pakcad, banyak perkara yang perlu dinilai semula di Stade Futsal Arena.Tetapi ketua eksekutif yang baru, Jean-Claude Dasamruszaky mengambil langkah segera menguatkan lagi benteng pertahanan. Ratusan juta dibelanjakan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Argentina, Lucho Kumat dari kelab FC Porto dan Penjaga Gol Terbaik Iker Azlan Casillas dari Kelab Real Madrid adalah contoh terbaik kepada usahanya.
Pado tanggal 26 Dis 1978 den dikeluarkan dari porut mak den.Ado pendidikan tahap dewo start dari Tadika Kemas Parit Banyumas, Sek. Rendah Keb. Seri Telok, Sekolah Menengah Dato Seth,Kolej Negri, Uni. Teknologi Malaysia & Uni. Teknologi MARA leh laku la jugak nak mintak kerjo mano-mano.Den ado jugak la pengalaman kerjo di Majlis Sukan Negaro, Jurulatih dan Physiotherapy kek fitness center syarikat mat saleh..Clark Hatch,Flamingo,Equinox & Southern Hospital terakhir sekali Maktab Rendah Sains MARA.Den dah berkawin dengan gadis kesukaan den pado 23 Feb 2003.Dapek anak perempuan sorang kiut-miut lagi menceriokan pado 10 Dis 2003 dan anak lelaki comel lote pado 13 Nov 2007... Hobi den bersukan tak kiro apo jonih sukan pun...masuk hutan keluar hutan, panjat gunung , memanah, badminton, futsal dan yang paling de minat sekali angkek bosi kat gym tu ha dan menangkap gambor....Jom lah samo-samo tengok apo ado dalam blog den eh...! layannnnn.....
2 comments:
penuh gaya merembat..hahaha
Kena tengok jugak brapa cap gua dah main utk Real Madrid
Post a Comment