Wednesday, August 05, 2009
Debaran EPL Kian Terasa
Kesetiaan dan kecintaan peminat tak berubah walaupun pemain silih berganti BOLA SEPAK mempunyai kuasa luar biasa yang menarik minat jutaan penduduk dunia, apatah lagi apabila membabitkan liga bola sepak paling terkenal dan paling ramai ditonton di dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL). Walaupun ada yang mendakwa liga bola sepak La Liga, Sepanyol dan Serie A, Itali, lebih berkualiti, EPL dinobatkan sebagai paling berprestij di dunia dan ditonton jutaan penduduk dunia. Dalam satu perlawanan antara Manchester United dan Liverpool pada 2002, hampir 500 juta orang atau satu daripada 12 penduduk dunia menyaksikan perlawanan itu
Walaupun ada 20 pasukan dalam EPL, empat kelab yang dilabelkan sebagai `Big Four’ iaitu Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea, lebih mendapat tempat di kalangan peminat seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara ini. Walaupun kelab lain juga ada peminat masing-masing, tetapi tidak sehebat empat kelab ternama ini yang bersatu hati menubuhkan kelab penyokong. Minat dan semangat penyokong `Big Four’ merentasi sempadan geografi, budaya dan status masyarakat. Biarpun berjarak ribuan batu antara England dan Malaysia, keupayaan empat kelab ini menambat hati penggemar bola sepak amat mengagumkan.
Mengapa empat kelab ini? Ada pelbagai pendapat yang boleh diberikan, apatah lagi jika ditanya kepada peminat empat kelab berkenaan. Antara alasannya ialah empat kelab berkenaan adalah yang paling kerap memenangi kejuaraan EPL. Sejak EPL diperkenalkan pada 1992 (liga bola sepak Inggeris diasaskan pada 1888), Manchester United adalah paling kerap muncul juara, iaitu sebanyak 10 kali. Malah kelab yang berpangkalan di Manchester menjuarai Kejohanan Kelab Dunia di Jepun, tahun ini. Selain itu, empat kelab berkenaan menguasai empat kedudukan teratas sejak tiga tahun lalu.
Usaha kelab lain termasuk membeli pemain terkenal setakat ini belum dapat memecah monopoli empat kelab berkenaan. `Big Four’ juga kaya dengan limpahan pemain terkemuka dunia. Siapa yang tidak kenal Ronney, yang meraih gelaran pemain terbaik Eropah tahun ini dari Manchester United atau Michael Ballack (Chelsea), Fernando Torres (Liverpool) dan Cecs Fabregas (Arsenal).
Pelbagai faktor ini menyebabkan `Big Four’ mendapat tempat istimewa di hati peminat. Kesetiaan dan kecintaan tidak berubah walaupun pemain silih berganti, pemilikan dan pengurusan bertukar rentak dan kalah menang menjadi asam garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku x sabar nak berfantasi ngan fantasy premier leage ni
Jangan salah fantasi sudah
Post a Comment