Tuesday, August 04, 2009

Revive Dream Team optimis raih gelaran

Melaka (Malaysia): Skuad serba baru Rivive Dream Team bakal memulakan kempen Fantasy Primier League pada 4 Ogos ini dengan barisan pemain yang dijangka mampu menandingi SlaluDatas, PKR, PUMA, WPL 8376, Lan Child FC dan yang lain untuk gelaran musim ini tetapi ketua jurulatih, Didier Radzi sedar kehadiran saingan Piala Dunia mampu mencetuskan kekecewaan.Perlawanan persahabatan pramusim pada 24 Julai lalu yang berkesudahan 6-2 yang memihak kepada juara musim lalu itu membuatkan Gemencheh FC sedar betapa kekuatan pasukan yang begitu mantap dibarisi ramai pemain ternama. Berikutan perpindahan pemain Revive Dream Team, Robert Azaam De Yacob, awal Mac lalu serta perpindahan pengerusi kelab, Pape Pakcad, banyak perkara yang perlu dinilai semula di Stade Futsal Arena.Tetapi ketua eksekutif yang baru, Jean-Claude Dasamruszaky mengambil langkah segera menguatkan lagi benteng pertahanan. Ratusan juta dibelanjakan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Argentina, Lucho Kumat dari kelab FC Porto dan Penjaga Gol Terbaik Iker Azlan Casillas dari Kelab Real Madrid adalah contoh terbaik kepada usahanya.


2 comments:

Che Hassan said...

penuh gaya merembat..hahaha

Azlan (Cheotot) said...

Kena tengok jugak brapa cap gua dah main utk Real Madrid

ESPN's Hot News

Yang Tengok Blog Den...